Sebelum ini hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tangga pelakon dan pelawak Shuk Sahar disebabkan orang ketiga dikenali sebagai Fara Salleh.
Bagaimanapun, Shuk sudah pun memohon maaf dan berjanji akan melakukan yang terbaik buat keluarganya untuk menebus kesalahan tersebut. Malah, difahamkan, baru-baru ini Shuk sedang mengikuti tabligh.
Terbaru, menerusi satu perkongsian di IG Story Fara meluahkan rasa rimas kerana masih lagi diganggu oleh seorang lelaki yang tidak berhenti mencarinya.
Tidak menyebut nama individu berkenaan, namun Fara ada mengatakan lelaki tersebut pergi tabligh seolah merujuk kepada Shuk yang juga baru-baru ini turut mengikuti jemaah berkenaan
Menerusi perkongsian tersebut, Fara turut memuat naik gambar memaparkan bahagian belakang badan individu tersebut.
Bagaimanapun, Fara sudah pun memadam perkongsian berkenaan selepas beberapa minit memuat naik gambar tersebut.
-RotiKaya
0 comments:
Catat Ulasan