PETALING JAYA – Penyanyi rap dan aktivis kemanusiaan kontroversi, Caprice terus memanaskan konflik dan situasi tegang antara dirinya dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew apabila mengajuk aksi ‘lucah’ didakwa mirip figura kesayangan ramai itu.
Membuka sesi soal jawab (Q&A) dalam Instastory, Caprice atau nama lengkapnya, Ariz Ramli, 33, menjawab satu soalan yang diajukan salah seorang pengikutnya.
“Yang video itu saheh (sahih) ke Cap (panggilan pendek nama Caprice),” soal seorang pengikutnya seraya meninggalkan emoji tertawa.
Pelantun lagu Xde Hal Bro itu hanya membalas persoalan tersebut dengan sebuah video dirinya tanpa suara seakan-akan mengajuk aksi yang ditonjolkan lelaki mirip Ebit dalam video lucah tersebut yang kian kencang berlegar dalam kalangan orang ramai.
Terdahulu, beberapa buah video mirip Ebit berkelakuan tidak senonoh tersebar dalam kalangan netizen.
Dalam salah sebuah video berdurasi dua minit 51 saat, lelaki tersebut menunjukkan isyarat lucah termasuk melayangkan ciuman serta tampil berani menunjukkan alat sulitnya dalam satu panggilan video dengan seseorang yang tidak dapat dipastikan identitinya.
Dalam pada itu, Caprice turut berkongsi permohonan maaf yang semakin banyak diterimanya daripada orang ramai.
Ujarnya, dia juga sama seperti orang lain dengan memohon maaf andai pernah melakukan kesilapan sebelum ini.
“Alhamdulillah, ramai yang DM saya untuk minta maaf dan saya maafkan semua orang. Sama seperti saya juga buat kesilapan dan saya harap dimaafkan juga.
“Saya cuma tunggu untuk ‘ketua’ minta maaf dan saya akan ‘move on’ dengan kehidupan,” katanya dalam satu muat naik video Instastory.
Pada 20 Ogos lalu, siasatan ke atas Ebit dilakukan berikutan aduan diterima Polis Diraja Malaysia daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu melakukan gangguan seksual. – K! ONLINE
0 comments:
Catat Ulasan