Selasa, 28 September 2021

Adoiiii..Nekad langgar palang sebab tak nak bayar tol

  

Pemandu kereta Honda HR-V itu memecut laju dan bertindak merempuh palang tol walaupun palang sudah mulai turun untuk menutup laluan.

Seorang pemandu kereta terkejut apabila sebuah kenderaan jenis Honda HR-V tiba-tiba meluru laju mengikuti belakangnya dalam kejadian yang dipercayai berlaku di Plaza Tol Semenyih semalam.

Menerusi perkongsian video oleh @shahidatul4297 di laman media sosial Twitter miliknya, pemandu kereta Honda HR-V itu bertindak memecut laju dan terus mengekori rapat di belakang kereta dipandunya.

Berdasarkan video berdurasi sembilan saat tersebut, pemandu kereta itu turut nekad merempuh palang tol terbabit walaupun palang berkenaan sudah mulai turun untuk menutup laluan.

Susulan daripada perkongsian video itu, orang ramai telah mengecam tindakan pemandu itu yang boleh mengakibatkan pelanggaran dengan kereta yang berada di hadapannya.

“Palang itu sepatutnya hentak kuat lagi kereta dia, biar terhempuk sekali sampai ke kepala pemandu itu,” kata @juniperrrr.

“Awak tak akan selamat, tunggu sahaja surat dari firma peguam panel bagi syarikat konsesi tol ini sampai depan rumah,” jelas @Ain_Razali.

“Kalau kereta dekat depan itu brek, sekejap sahaja HR-V akan tercium bonet belakang kereta itu” ujar @NassrolFahmi.

Kejadian seperti ini kerap kali terakam sejak akhir-akhir ini, tidak dapat dipastikan apa penyebab semakin ramai pengguna jalan raya semakin berani untuk mengelak membayar tol. – K! ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan