Kerajaan telah memperuntukkan bantuan GKP 4.0 yang akan dibayar pada bulan September 2021.
Untuk pengetahuan, anda juga boleh semak bantuan terbaru yang akan masuk bulan ini iaitu BPR Fasa 3.
GKP 4.0
Geran Khas Prihatin 4.0 ini merupakan bantuan khas kepada PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana) Mikro.
Bantuan secara one-off ini adalah untuk membantu meringankan beban & merancakkan ekonomi setempat.
Jumlah Bayaran GKP 4.0
Untuk GKP 2021 ini, pemohon yang layak akan dapat RM1000. Jumlah & tarikh untuk bantuan tambahan ini adalah seperti berikut :
- September 2021 – RM500
- November 2021 – RM500
Semakan GKP 4.0 2021
Semakan online geran ini boleh dibuat dengan cara berikut :
- Sila login Portal Rasmi GKP : Klik Sini
- Masukkan ID Pengguna & klik Ya untuk Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Password
- Penyata semakan status bayaran akan dipaparkan
Jika lulus, pastikan nombor akaun bank anda adalah betul.
Untuk maklumat anda, hanya akaun bank persendirian sahaja yang boleh digunakan untuk tujuan pengkreditan bayaran.
Tarikh semakan status kelulusan GKP 4.0 ini akan diumumkan dalam masa terdekat. Nantikan.
Permohonan Baru GKP 2021
Jika anda tidak pernah dapat GKP sebelum ini, atau anda tidak layak, anda boleh daftar permohonan baru.
Caranya adalah seperti berikut :
- Mohon online di GKP Hasil : Daftar
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan
- Isi borang permohonan & muat naik dokumen sokongan
- Selepas pendaftaran, sila log masuk semula untuk semakan permohonan
0 comments:
Catat Ulasan