Jumaat, 10 September 2021

Covid19: Khairy Jelaskan Kenapa Angka Kematian Harian Tinggi

 

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kes kematian tinggi akibat Covid-19 yang dilaporkan setiap hari tidak semestinya menggambarkan kadar kematian sebenar berikutan catatan “backlog” atau tertunggak dalam pengumpulan data.

Bercakap di sidang media, beliau berkata tunggakan itu adalah berpunca daripada prosedur klinikal yang memerlukan siasatan dan pengesahan kematian sebelum mereka dimasukkan ke dalam statistik Covid-19.

“Jika kita llihat di Selangor, laporan menunjukkan kematian semakin tinggi, sedangkan angka sebenar kematian bagi hari tersebut mungkin sebenarnya menurun,” katanya sambil menambah penambahbaikan akan dilaksanakan bagi melancarkan prosedur tersebut.

“Sebelum ini, proses laporan memerlukan kita untuk tunggu sehingga autopsi dan proses pengumpulan data dijalankan bagi mengesahkan punca kematian.”

“Ini akan ambil masa beberapa hari. Sekarang , kita akan ambil tarikh sebenar kematian untuk statistik kita, dan kemudian kita akan lakukan post-mortem mengikut prosedur klinikal.”

Beliau berkata jika wujud perubahan, penjelasan akan dibuat dan data tersebut akan dipinda.

“Dengan prosedur baru ini, kita akan umumkan kes-kes kematian mengikut tarikh sebenar kematian.”

-Anak Sungai Derhaka

0 comments:

Catat Ulasan