Seperti yang kita sedia maklum, pada 30 September 2021 nanti filem Frontliner bakal ditayangkan di Netflix, lebih mengghairahkan rakyat Malaysia lagi, filem yang berkisar tentang kehidupan dan dilema pekerja barisan hadapan dalam memerangi Covid-19 ini ditayangkan secara global.
Mula-mula patut TV berbayar tayangkan tapi tak jadi,. Kena tipu hidup-hidup dengan agent pertama yang nak bantu masukkan Netflix
Kata Aminahtul, ketika ingin melakukan penggambaran filen Frontliner ini, pihaknya ada cuba approach agensi kerajaan untuk minta bantuan gunakan aset, tetapi tidak dilayan.
“Tak de siapa nak tolong. Yang paling cool abang bomba. Company Rider pun tak layan.”
Dalam pada itu, Aminahtul juga mengatakan bahawa dia kumpul duit sendiri untuk menghasilkan karyanya ini dengan harapan untuk beri penghargaan buat para pekerja barisan hadapan.
Berbalik kepada cerita cabaran filem ini, Aminahtul mengatakan filem ini sudah siap dan sepatutnya ditayangkan di sebuah stesen Tv berbayar, namun ianya dibatalkan, bagaimanapun dia enggan cerita lebih lanjut mengenai hal ini.
Namun, dia menambah bahawa mereka juga hadapi cabaran besar ketika ingin cuba tayangkan filem Frontliner di Netflix. Katanya, mereka ditipu oleh agent, namun kemudian semuanya berjalan lancar setelah berurusan dengan agent lain.
“Agent pertama tipu kami hidup-hidup. Kami shoot tahun lepas sebelum delta bagai menyerang. Agent kedua baru semuanya okay. Cerita ni dah genap setahun.”
Banyak proses sebelum dapat masuk Netflix
Tidak dapat menahan sebak, Aminatul terkenangkan masalah demi masalah yang dia hadapi sebelum ini.
Namun begitu, ia membuahkan hasil setelah melalui banyak proses sebelum ia berjaya mendapat kelulusan untuk dapat ditayangkan di Netflix.
Tuhan sahaja yang tahu macam mana berdebarnya hati kami. Banyak soalan Netflix tanya. Banyak syarat yang perlu di penuhi.
Bidadari Netflix saya kata, “And for your show, they are taking global rights tau. Other malaysian films cuma malaysia, singapore, brunei. So you should be very proud to be international”
Sinopsis Frontliner
Filem ini menyingkap erti kemanusiaan. Ia menyelami jiwa-jiwa pekerja barisan hadapan yang punyai dilema mereka sendiri dimana mereka terpaksa korbankan masa, tenaga dan keluarga dalam menangani Covid-19 yang melanda di negara ini pada tahun lepas. (Sebelum varian delta)
“Kami cuba membawa realiti keperitan yang di lalui oleh barisan hadapan. Mereka juga punyai keluarga. Ada anak yang dirindui, ibu yang tidak mahu memahami kemelut perjuangan, pasangan yang bergolak kerana terlalu lama di pisahkan oleh pandemik yang kejam.”
Boleh tengok teaser filem disini
Tak sempurna, sedia terima kritikan
Akui ‘naskah’ yang dibuat ini tidak sempurna Aminahtul bersikap terbuka untuk menerima kritikan penonton setelah filem ini ditayangkan untuk diperbaikii dan menjadi lebih baik.
“Tapi, saya mohon, jangan hina siapa pun dalam pembikinan naskah ini. Mereka bekerja keras. Mereka mencari rezeki dalam karya ini. Mereka lakukan kerana cintakan negara dalam usaha menyentuh hati kita semua.”
Filem Frontliner menampil barisan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Beto Khusyairy, Emma Maembong, Wan Mainumah dan ramai lagi. Ia akan ditayangkan secara global di Netflix pada 30 September ini. Lock the date!
-Lobak Merah
0 comments:
Catat Ulasan