Potongan cukai pemain bolasepak sejak 2014 tidak dibayar. Mukhriz dan Asmirul dituntut beri penjelasan.
Minggu lepas pengurusan KFA menerima tamparan hebat apabila LHDN memberi katadua terhadap KFA supaya menjelaskan tunggakan cukai para pemain bolasepak Hijau Kuning sejak 2014 yang berjumlah RM9.7 juta.
Pasukan bolasepak KDA FC juga menghadapi risiko untuk tidak dibenarkan menyertai Piala AFC jika terdapat bekas pemain yang membuat laporan terhadap AFC berhubung pengianayaan yang dilakukan terhadap pemain bolasepak sebelum ini.
Sebagai maklumat, tunggakan tersebut berlaku sebelum dari KFA bertukar tangan kepada Presiden terkini, Haji Muhammad Sanusi Md Nor. Sewaktu Sanusi mula mengambil alih pentadbiran KFA tahun lalu, beliau dikejutkan dengan hutang pengurusan bolasepak berjumlah RM16 juta (termasuk tunggakan gaji pemain). Bagaimanapun Sanusi telah melunaskan semua gaji pemain yang tertunggak. Kini beliau berhadapan pula dengan tunggakan cukai pendapatan pemain, angkara pentadbiran KFA terdahulu.
Rakyat Kedah menuntut bekas Presiden KFA YB Dato’ Mukhriz dan bekas Setiausaha Kehormat KFA, YB Asmirul Anuar Aris memberi penjelasan berhubung perkara tersebut dalam Sidang DUN Kedah yang akan diadakan Isnin nanti.
0 comments:
Catat Ulasan