Selasa, 7 September 2021

Covid-19: Kes baru di 10 negeri naik, Sarawak kekal tertinggi keseluruhan

 

Data 7 September 2021.

Jumlah jangkitan baharu Covid-19 di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sehingga 12 tengah hari tadi meningkat sedikit kepada 18,547 kes, berbanding tempoh sama semalam sebanyak 17,352 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, angka terbaharu itu menjadikan kumulatif sejak awal tahun lalu meningkat kepada 1,880,734 kes.

Mengikut data dikeluarkan Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini, sepuluh negeri mencatat peningkatan jangkitan baharu Covid-19 membabitkan Selangor, Johor, Sabah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Pahang, Kuala Lumpur, Melaka, dan Negeri Sembilan.

Selangor merekodkan 2,407 kes baharu berbanding 2,126 semalam; diikuti Johor (2,174 kes baharu, 2,101 semalam); Sabah (2,107 kes baharu, 1,844 semalam); dan Pulau Pinang (1,776 kes baharu, 1,558 semalam).

Kelantan pula merekodkan 1,458 kes baharu, berbanding 1,213 semalam; Perak (1,197 kes baharu, 1,082 semalam); Pahang (742 kes baharu, 463 semalam); Kuala Lumpur (631 kes baharu, 398 semalam); Melaka (448 kes baharu, 295 semalam); dan Negeri Sembilan (229 kes baharu, 193 semalam).

Jumlah kes baharu di Sarawak turun lagi namun negeri itu kekal mencatatkan jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 3,200 kes.

-Agenda Daily

0 comments:

Catat Ulasan