Rabu, 1 September 2021

Bantuan Khas COVID-19 dibayar mulai Isnin

GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP

KUALA LUMPUR: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula Isnin ini dan dijangka selesai 10 September.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara itu berkata BKC akan memanfaatkan 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40, serta golongan bujang yang berkelayakan.

 Saya mengambil maklum isu kelewatan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada Ogos lalu, justeru saya mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran BKC.

Hari ini, dana berjumlah RM3.1 bilion disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan. Proses pengkreditan fasa satu akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021," katanya dalam kenyataan, hari ini.

BKC ialah sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang diumumkan kerajaan pada 28 Jun lalu, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Kriteria kelayakan penerima bagi miskin tegar dan B40 ialah bersandarkan semakan Bantuan Prihatin Rakyat 2021, iaitu pendapatan RM5,000 ke bawah bagi isi rumah atau warga emas, manakala bergaji RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.

Golongan M40 pula layak menerima BKC sekiranya melaporkan cukai pendapatan, dengan jumlah gaji antara RM5,001 hingga RM9,000 bagi golongan isi rumah dan berpendapatan RM2,500 ke bawah untuk individu bujang.

Bagi fasa satu, golongan miskin tegar merangkumi kategori isi rumah akan menerima bayaran RM500, manakala warga emas sebatang kara dan bujang, masing-masing RM200.

Golongan B40 membabitkan kategori isi rumah akan menerima RM500, manakala warga emas sebatang kara dan bujang masing-masing RM200.

Kumpulan M40 merangkumi kategori isi rumah akan bakal menerima RM250, manakala warga emas sebatang kara dan bujang masing-masing RM100.

Ismail Sabri berkata bayaran BKC seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual ditetapkan dan pengumuman lanjut bakal dibuat oleh Kementerian Kewangan.

"Saya sentiasa peka terhadap keluh kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.

"Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar," katanya.

-BH Online

Related Posts:

  • Semakan dan pembayaran BKC Fasa 2  BKC Fasa 2 Tahun 2021. Bantuan Khas Covid19 (BKC) ialah bantuan tunai daripada kerajaan khas untuk Miskin Tegar, B40 & M40 bagi kategori isi rumah & bujang.Semakan status kelulusan permohonan online &a… Read More
  • Semakan dan Permohonan BKC Bujang PEMULIH 2021 Bagi BKC bujang, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang diperoleh? Adakah ada pemohonan untuk BKC bujang, bagaimana cara membuat semakan dan sebagainya.Pada 1 September lepas, Perdana Menteri, Dato Seri Is… Read More
  • Bantuan Khas COVID-19 dibayar mulai IsninGAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTPKUALA LUMPUR: Bantuan Khas COVID-19 (BKC) fasa satu akan dibayar bermula Isnin ini dan dijangka selesai 10 September.Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ketika mengumumkan perkara it… Read More

0 comments:

Catat Ulasan