SHAH ALAM - 'Saya tidak tahu berapa lama lagi (boleh hidup) tetapi seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara'.
Demikan ucapan balas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada semua pihak yang mendoakan beliau sempena hari ulang tahun kelahirannya ke-99 pada Rabu.
Dr Mahathir berkata, beliau berterima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepadanya pada masa dahulu.
"Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas ucapan baik semua pihak pada hari lahir saya yang ke-99.
"Saya telah mengharungi peranan ini, saya tidak tahu berapa lama tetapi seumur hidup saya didedikasikan untuk berkhidmat kepada negara," katanya menerusi rakaman suara pada Rabu.
Dr Mahathir dilahirkan pada 10 Julai 1925 (tarikh kelahiran rasminya direkodkan pada 20 Disember 1925) di Kampung Seberang Perak, Alor Setar, Kedah.
-SH Online
0 comments:
Catat Ulasan