Mark Zuckerberg hari ini berkongsi perkembangan pembangunan kecerdasan buatan oleh Meta, sekaligus mengumumkan sasaran syarikat mereka untuk menjadikan Meta AI sebagai pembantu berasaskan kecerdasan buatan yang paling tinggi digunakan menjelang penghujung 2024 ini – sekaligus mengatasi ChatGPT dan juga Google Gemini.
Pada hari ini, Meta AI telah mula diintegrasikan bersama Facebook, Instagram, Messenger dan WhatsApp – membolehkan pengguna menyeru pembantu berasaskan kecerdasan buatan ini dalam tetingkap sembang, sekaligus bertanyakan pelbagai perkara, atau menjana sesuatu gambar dan sebagainya. Namun, Meta Ai masih ditawarkan secara terhad di beberapa buah negara sahaja.
Buat masa ini, Meta AI masih belum ditawarkan untuk pengguna di Malaysia lagi. Namun, pihak Meta sedang memperluaskan ia secara berperingkat, termasuk menambah sokongan bahasa padanya.
Melalui perkongsian baharu ini juga, Meta AI menyokong tujuh buah negara, dan boleh digunakan di 22 buah negara. Selain pengenalan melalui aplikasi dibawah Meta dan juga web Meta.AI, pihak Meta juga hari ini mengumumkan akan menawarkan kecerdasan buatan ini melalui kaca mata pintar Ray-Ban Meta dan juga Meta Quest secara berperingkat bermula bulan hadapan – tetapi terhad di Amerika Syarikat dan Kanada.
-amanz.my
0 comments:
Catat Ulasan