Ahad, 7 Julai 2024

Dah boleh guna aplikasi GO by Bank Islam

 

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kesemua perkhidmatan Bank Islam termasuk aplikasi GO by Bank Islam kembali pulih hari ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Bank Islam menerusi hantaran X pada pagi tadi.

“Kami ingin memaklumkan bahawa kesemua perkhidmatan kami telah kembali pulih. Terima kasih atas kesabaran anda,” ujarnya.

Semalam Kosmo! melaporkan, ramai penggunakan GO by Bank Islam merungut dan tertekan apabila aplikasi perbankan itu mengalami gangguan perkhidmatan sejak awal pagi tadi.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati, ramai turut meluahkan rasa kecewa apabila mereka sering berdepan masalah sama setiap bulan.

Susulan itu, Bank Islam menerusi satu kenyataannya di media sosial semalam turut mengingatkan pengguna mengemas kini aplikasi GO by Bank Islam kepada versi terbaharu sebagai alternatif untuk kembali mengakses sistem tersebut.

“Sebagai alternatif, anda disaran untuk mengemas kini aplikasi kepada versi terbaharu (3.3.03) bagi memastikan kesesuaian dan kelancaran penggunaan aplikasi GO by Bank Islam,” jelasnya dalam hantaran tersebut. – KOSMO! ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan