Sabtu, 13 Julai 2024

Bahaya Membeli Harta Melalui Proxy

 Bahaya Membeli Harta Melalui Proxy

Kak Long, seorang ibu tunggal, berhasrat memiliki rumah tetapi rekod bank tak cantik. Beliau membuat keputusan untuk menggunakan nama ayahnya dalam pembelian rumah.

Setiap bulan, Kak Long membayar ansuran rumah. Adik beradik yang lain beranggapan rumah tersebut adalah milik Kak Long.

Apabila ayah Kak Long meninggal dunia, tiada tuntutan pusaka dibuat kerana beranggapan bahawa rumah tersebut dimiliki oleh Kak Long.

Beberapa tahun kemudian, apabila Kak Long meninggal dunia, anak-anaknya ingin membuat permohonan tuntutan harta pusaka.

Alangkah terkejutnya di dapati geran rumah masih atas nama atuk yang telah meninggal dunia. Mengikut hukum faraid, rumah itu seharusnya menjadi sebahagian dari harta pusaka atuk dan ada bahagian faraid nenek, ibu, pakcik, dan makcik.

Tiba-tiba, anak-anak Kak Long perlu mendapatkan persetujuan daripada semua waris lain. Dah la ada pakcik dan makcik mereka tinggal di negeri yang berlainan.

Satu hal pula, mereka perlu memohon pelepasan hak daripada pakcik dan makcik, sedangkan ibu mereka (Kak Long) yang membayar ansuran rumah sejak dari awal pembelian rumah.

Inilah satu contoh isu pembelian harta menggunakan proxy yang tidak diuruskan sebelum kematian.

Jika anda atau kenalan anda memiliki harta melalui proxy, merancang perwarisan semasa hidup adalah tindakan bijak untuk memudahkan tuntutan pusaka pada masa akan datang.

Benda boleh dirancang, mengapa perlu berdepan dengan masalah?

#wasiat #hibah #faraid #pusaka

0 comments:

Catat Ulasan