Rabu, 31 Julai 2024

Wira Tak Didendang:Kisah Kenny umpama 'Lembu punya susu sapi dapat nama'.



 Kenny @Kamaruddin Hashim 

Setelah menulis begitu banyak cerita mengenai Kenny,  tiba2 atok berasa sedih...ada sesuatu yang terbuku di hati atok.

Hanya satu perkara yang atok kesalkan... rasanya tidak siapa dapat menyangkal Kenny seorang wira paling unggul yang tanah air kita pernah lahir, namun dia pergi meninggalkan lapangan dalam suasana sugul, tidak siapa menghargai pengorbanan dan perjuangannya. Tidak ada pangkat baginya...dia bersara awal pada umur 43 tahun hanya dengan pangkat DSP. Semasa mula bersara dia tidak menerima pencen kerana belum cukup usia, terpaksa menunggu 7 tahun barulah merasa imbuhan. Memang tidak ada sesiapa menyuruh atau memaksa dia bersara awal, namun dia meninggalkan Pasukan dengan perasaan kecewa  kerana layanan yang diberikan kepadanya seolah2 dia tidak dihargai oleh Pasukan sendiri. Tidak ada siapa menghalang atau memujuk dia semasa dia menghantar surat permohonan bersara awal...apalah salahnya nasihat dia supaya kekal dalam pasukan dan berikan dia pangkat setakuk, sedangkan begitu ramai rakan2 yang seangkatan dengannya sudah pun menjawat pangkat jauh lebih tinggi sedangkan sumbangan mereka tak banyak mana pun.

Apalah salah pihak atasan beliau khususnya pegawai2 atasan Special Branch menyokong dia mendapat pingat anugerah yang boleh dibanggakan oleh anak cucunya. Tak ada seorang pun pegawai atasan beliau yang sudi buat sokongan untuk beliau. Pada hemat atok, Kenny bukan hanya layak dapat satu medal tertinggi,  malah 10 medal tertinggi pun dia layak. 

Chong Chor....ini kejayaan terbesar Kenny...menangkap hidup-hidup pengganas no 1 Malaya, dialah Ketua segala pengganas yang bermaharajalela di hutan-hutan Semenanjung

Pernah seorang Pegawai atasan SB yang banyak dibantu oleh Kenny dalam melaksanakan perang terhadap Komunis mengeluarkan kata2,  Kenny sudah pun mendapat anugerah setimpal dan tidak boleh di sokong lagi untuk apa2 anugerah. Di sini atok nak tanya, anugerah setimpal apa yang telah dianugerah kepada Kenny.  Sedang pegawai yang berkata itu melayakkan  dirinya sendiri pingat PGB sedangkan dia tak turun padang berjuang.  Hampir semua perjuangan dilaksanakan oleh Kenny sedangkan dia hanya menempel nama dari kerusi empuk. 

Untuk makluman kalian, Kenny pernah dapat hanya satu medal kecil dari DYMM Sultan Idris, Perak. Itu pun bukan di sokong oleh PDRM. Kebetulan suatu hari istana Perak sedang mengadakan majlis rehearsal penganugerahan pingat, DYMM Sultan yang ketika itu turut berada di sana telah mendengar cerita tentang keperwiraan Kenny menangkap dengan tangan pengganas Komunis yang bersenjata kan pistol dan bom tangan di pekan Tg Malim. DYMM Sultan tertarik dengan cerita itu, lantas mengarahkan Kenny yang sedang berada di Johor Bahru datang keesokannya untuk menerima pingat dari baginda....itu saja kah pingat yang layak bagi Kenny. 

Atok lebih hairan, pegawai2 polis dari negeri Perak yang terlibat menangkap Komunis di negeri itu dapat anugerah Dato dan pingat tertinggi negara yang membolehkan nya mendapat imbuhan rm3000 sebulan. Mengapa Kenny tak dapat, sedangkan pegawai berkenaan menangkap Komunis hanya dalam Op Catfish yang mana adalah operasi susulan selepas penangkapan  seorang pengganas bernama Monti. Siapa yang bertarung nyawa menangkap Monti kalau bukan Kenny sehingga sahabat karib Kenny bernama Batman gugur dalam operasi itu. Apa susahnya menangkap Komunis dalam operasi susulan kerana jalannya sudah luas terbuka...bukan susah macam operasi menangkap Monti di peringkat awal oleh Kenny. 

Namun Kenny telah banyak kali beri tahu atok dia tidak terkilan tidak diberi pangkat, juga tidak terkilan tidak mendapat bintang sebab beliau lebih merasa puas dapat melaksanakan tugasnya dengan terbaik, dan memberi sumbangan nya kepada negara dengan menewaskan perjuangan Komunis dan menghancurkan pertubuhan mereka.

Rakyat Malaysia,  fikirkan2 lah.

Sumber

0 comments:

Catat Ulasan