Atok perkenalkan seorang lagi Pengganas Komunis yang dianggap licik dan merbahaya, amat rajin dan berdedikasi dalam perjuangan nya, amat rapat dan amat dipercayai oleh Panglima Angkatan Tentera PKM juga ketua 6th Assault Unit iaitu Chong Chor.
Nama dia Pang Kuan, ketua 9th AWF yang beroperasi di hutan Telemong, Pahang. 9th AWF adalah salah satu Unit di bawah sayap 6th Assault Unit.
Suatu ketika ketika Pang Kuan mempunyai 21 orang Pengganas sebagai pengikut.
Tahun 1977, tempat dia diambil alih oleh Chye Kar Leong @Robin bekas ketua No1 MNLF. Robin yang tinggal di bandar Kuala Lumpur terpaksa lari masuk hutan apabila beratus2 orang pengikutnya ditangkap oleh F Team.
Chong Chor mengarahkan Robin mengambil alih tempat Pang Kuan, dan Pang Kuan pula diarah membawa 4 orang Pengganas berpindah ke kawasan Karak dan membuat kerja2 massa di sana.
Dia amat gigih dan mendapat sokongan padu di kalangan penduduk setempat di Karak.
Suatu ketika lain Kenny berjaya mengelirukan Pang Kuan dalam satu projek sulit, membuatkan Pang Kuan bersama 4 orang pengikutnya beralih tempat menuju ke hutan Telemong semula.
Di masa sama Kenny memaklumkan kepada Brig General Chong Tian Bok, Komander 4 Brigade tentang perjalanan Pang Kuan itu. 4 Brigade melancarkan serang hendap yang berlangsung 12 hari.
Malang sekali apabila kumpulan Pang Kuan muncul kejadian tembak menembak berlaku tetapi tiada pembunuhan, Pang Kuan lepas lari...dimana silapnya.
Di hujung2 perjuangan Chong Chor di dalam hutan, Pang Kuan adalah orang yang sangat rapat dan dipercayai oleh Chong Chor.
Beliau pernah dipanggil oleh Chong Chor dan diberikan sepucuk surat sulit untuk dibawa dengan tangan ke Bangkok.
Surat dituju kepada Pemimpin2 Tertinggi PKM di Bangkok, menyatakan hasrat Chong Chor untuk membawa askar2nya kembali ke sempadan Thailand sebab perjuangan bersenjata yang dijalankan hampir hancur, kebanyakan anggota underground MNLF yang selama itu membantu perjuangan PKM telah lebur akibat tindakan berterusan Kenny dan rakan2 nya dalam F Team.
SB menyedari perjalanan Pang Kuan ke Bangkok, malah dapat melihat orang2 yang dia temui di Bangkok.
Namun SB sentiasa lebih licik dari PKM, kami hanya membiarkan Pang Kuan dan isteri pergi ke Bangkok dan terus memerhati pergerakan nya.
Kalau nak tangkap Pang Kuan dan isteri bila2 pun kami boleh tangkap, tetapi yang lebih penting kami nak mengesan Chong Chor dan menangkap Chong Chor.
Ketika itu kami yakin Chong Chor berada di Kuala Lumpur menunggu kepulangan Pang Kuan dari Bangkok....berjaya kah SB mengesan Chong Chor dan bagaimana caranya, sedangkan SB tak pernah tahu rupa Chong Chor, belum pernah tengok gambar Chong Chor melainkan 1 gambar masa dia mudah dulu.
0 comments:
Catat Ulasan