Selasa, 16 Julai 2024

PRK Nenggiri: Tanding guna logo PAS, Bersatu yakin menang majoriti selesa

 Kamaruddin Md Nor berkata tidak timbul isu pertembungan PAS dan Bersatu yang kini giat menyusun jentera.



Calon Bersatu yang mewakili Perikatan Nasional (PN) akan bertanding menggunakan logo PAS pada PRK DUN Nenggiri 17 Ogos depan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA
Bersatu Kelantan yakin calonnya yang disahkan bertanding di bawah logo PAS mampu mencapai kemenangan dengan majoriti selesa pada PRK DUN Nenggiri, bulan depan.

Ketuanya Kamaruddin Md Nor berkata ketika ini PAS dan Bersatu sedang menyusun jentera dalam mempertahankan kerusi dimenanginya Mohd Azizi Abu Naim dengan majoriti 810 undi.

Kerusi itu dikosongkan oleh DUN Kelantan pada 19 Jun lalu susulan keahlian Azizi dalam Bersatu terhenti, menyebabkan PRK diadakan 17 Ogos depan.

Menurut Kamaruddin, tidak timbul isu pertembungan dua rakan komponen dalam Perikatan Nasional (PN) yang sebelum ini mahu meletakkan calon masing-masing, sebelum Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan kerusi ditandingi Bersatu.

Kamaruddin Md Nor.

“Kerusi Nenggiri dimenangi Bersatu (pada PRN) dan calon Bersatu akan pertahankannya, hal ini telah dipersetujui…tak timbul soal pertembungan.

Calon Bersatu akan guna logo PAS, kita yakin penuh dapat mempertahankan kerusi Nenggiri dengan majoriti selesa,

 katanya kepada FMT.

Sebelum ini, timbul isu membabitkan pemilihan calon PN apabila Yang Dipertua PAS Gua Musang Azman Ahmad menyerahkan tiga nama untuk dipertimbangkanwalaupun kerusi itu secara tradisinya ditandingi Bersatu selaku penyandang.

Azman dipetik FMT berkata, pihaknya berharap calon PAS dipertimbangkan dengan alasan kebimbangan pengundi episod peralihan sokongan berulang jika wakil Bersatu diletakkan, merujuk tindakan penyandang Mohd Azizi yang juga Ahli Parlimen Gua Musang menyokong Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Lidah rasmi PAS, Harakah Daily pula melaporkan Ketua Wanita PAS Nuridah Salleh mahu wakil parti itu dipilih untuk meyakinkan penduduk Nenggiri yang calon PN tetap pendirian dan tidak melakukan kesilapan sama dibuat Azizi.

Pada 12 Jul lalu, Kamaruddin pula menjelaskan isu keyakinan pengundi sebenarnya tidak berbangkit, selain mengingatkan PAS juga mempunyai ‘macam-macam rekod’ dengan mengaitkan bekas pemimpinnya seperti bekas timbalan presiden Mohamad Sabu.

Sementara itu, Kamaruddin berkata pihaknya telah menyerahkan dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pada PRK 17 Ogos depan yang diyakini ‘boleh menang’ dan dikenali penduduk setempat.

Tunggu presiden (Muhyiddin Yassin) buat keputusan dalam masa terdekat,

 katanya.-FMT

Related Posts:

  • Kerjasama PAS-Bersatu mampu bentuk kekuatan baharu TANAH MERAH: Ribuan rakyat Kelantan yang memenuhi segenap ruang padang Majlis Daerah Tanah Merah melaung tak nak kepada Umno ketika ditanya Tan Sri Muhyiddin Yassin.Pada awalnya laungan agak kurang kuat, namun apab… Read More
  • Rasmi: Rafizi menang timbalan presiden PKR PKR telah mengeluarkan keputusan rasmi untuk pemilihan pucuk pimpinan parti - dan mengesahkan bekas Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli adalah timbalan presiden baru parti itu.Kemenangannya, dan beberapa lagi yang lain, t… Read More
  • Kerajaan Tak Stabil Sebab Muhyiddin Bertemu DAP? KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Zahidi Zainul Abidin berpandangan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) perlu diadakan pada tahun ini kerana kerajaan sedia ada kini tidak stabil.Menurut beliau, an… Read More
  • PRU 15:Adakah rakyat masih dan akan sokong UMNO?SEMASA berhadapan dengan PRU-14, belum ada pemimpin utama Umno dihadapkan ke mahkamah, dan belum ada yang dijatuhi hukuman bersalah, akan tetapi parti itu kehilangan kuasa.Berdepan PRU-15, Umno merasa yakin mendapat sokongan … Read More
  • PRU 15:POLITIK MENGUGUT JADI PILIHAN MENURUT Datuk Bung Moktar Radin, BN Sabah ada 5 pilihan, jika perbincangan dengan GRS menunju kebuntuhan. Manakala Datuk Ahmad Zahid Hamidi pula, BN tidak mahu tertipu lagi seperti mana berlaku pada PRN-16 Sabah.Dua ken… Read More

0 comments:

Catat Ulasan