Khamis, 16 Disember 2021

‘Tuhan Juga Adalah Makhluk Halus’- Pengasas Mamasab Mohon Maaf Salah Guna Perkataan

 


Tular di media sosial mengenai video pengasas kek terkenal Mamasab, Sabrina Norin mengatakan Tuhan merupakan makhluk halus menerusi aplikasi Zoom bersama ahli Mamasab yang lain mendapat perhatian orang ramai.

“Tuhan juga adalah makhluk halus” ujarnya

Sabrina Mohon Maaf Salah Guna Perkataan

Berikutan ada yang memberi teguran dalam platform Zoom dan video tersebut juga tersebar di media sosial, pengasas kek ini segera mengeluarkan penjelasan serta memohon maaf atas ketelanjurannya dalam berkata-kata dan berterima kasih kepada mereka yang memberi teguran.


Foto – Facebook Sabrina Norin

“Assalamualaikum dan selamat pagi semua anak-anak Mama.. Selamat pagi dunia yang penuh dengan magik dan kebahagiaan dan rahmat dari Nya.

Setiap manusia tak lepas buat salah.. Kadang-kadang ada perkataan yang kita guna untuk jelas satu kekuasaan yang sangat luar biasa menjadi ayat yang salah dan tak sepatutnya di gunakan.. Minta maaf atas kesilapan penggunaan nama makhluk.

Mama ambil penyalahgunaan perkataan untuk terangkan sesuatu yang tak nampak sebagai khilaf Mama untuk orang yang baru nak belajar mengenalpasti kekuasaan yang luar biasa.

Terima kasih untuk yang ambil berat untuk mengelakkan salah faham dalam beragama.

Alhamdulillah.. Atas teguran… Mama selalu cakap dengan anak-anak Mama.

Bila ada orang menegur itu bukan bermaksud dia benci.. Tapi dia sayang.. Sebab dia tak nak kita buat salah lagi.

Alhamdulillah.. Syukur.. Terima kasih ambil berat.. Sangat luar biasa ukhwah rakyat Malaysia.. Saling ingat mengingati supaya semua ke arah kebaikan dan capai matlamat kehidupan yang di tuntut.

Sayang dan peluk dari Mama ya.” Jelasnya di Facebook

Pasukan Mamasab Beri Penjelasan Dan Akan Lebih Berhati-Hati

Selain pengasas kek, pasukan Mamasab juga memohon maaf dan beri penjelasan di akaun Instagram rasmi Mamasab serta mengatakan mereka akan lebih berhati-hati di masa akan datang.


Foto – Instagram @mamasab.bakeryofficial

“Salam semua.. Baru-baru ni tular satu video tentang pengasas Mamasab. Saya selaku salah seorang keluarga Mamasab.. Nak kongsi sedikit pagi ni.

Sebenarnya, melalui platform Mamasab saya belajar kenal Tuhan dengan rapat. Untuk yang tak tahu.. Pengasas Mamasab selalu ulang-ulang.. Bahawa…

Tanpa tuhan, kita tak kan mampu berjaya di dunia. Dia selalu ulang-ulang yang Tuhan itu Maha Berkuasa… Tuhan itu Maha Memberi Rezeki. Tuhan tak boleh di lihat… Tapi kena di rasa. Melalui zat kasih sayang dan kekuasaannya. Saya masih ingat ayat Mama Sabrina.

“Sebab Tuhan bantu Mama.. Dia yang bantu Mama dari zero sampai jadi jutawan. Tanpa Tuhan.. Mama is nothing” – Mama Sabrina, pengasas Mamasab.

Kepada orang yang kongsi video dan menyuarakan teguran.. Terima kasih banyak. Pasukan Mamasab akan lebih berhati-hati selepas ini.” Jelasnya


-murai.my 

0 comments:

Catat Ulasan