Khamis, 2 Disember 2021

SabahFC:“Ada Pemain Ditawarkan Gaji RM33,000 Tetapi RM18,000 Dipotong Masuk Poket Pihak Pengurusan.”


Sebuah portal yang dikenali sebagai 
Borneo Today hari ini telah menerbitkan sebuah artikel dimana mereka mendakwa wujudnya salah laku dan pecah amanah dalam pasukan Sabah FC.

Dalam artikel tersebut, mereka menyatakan bahawa kekerapan perpindahan dan pertukaran pemain asing dalam pasukan Sabah FC perlu diperhatikan untuk mengelak sebarang salah laku.

Memetik artikel yang disiarkan oleh portal tersebut ada pihak yang mengambil kesempatan untuk mengaut duit dengan kerjasama ejen pemain.

“Terdapat sumber memaklumkan berlaku pecah amanah dalam pengurusan perpindahaan pemain import yang terlalu kerap kerana ada beberapa orang dalam pengurusan Sabah FC menjadikan pertukaran pemain sebagai ‘perniagaan’.”

“Mereka mengambil kesempatan meletakkan gaji yang tinggi bagi pertukaran pemain namun, sebahagiannya dipotong untuk kegunaan sendiri dengan kerjasama ejen.”

Sabah FC

“Dipercayai terdapat tiga individu dalam pengurusan Sabah FC menaikkan gaji pemain untuk mereka mendapat keuntungan dengan mengambil sebahagian daripada gaji pemain tersebut.”

“Ada pemain yang ditawarkan sehingga RM33, 000 namun, sejumlah RM18,000 dipotong pihak pengurusan untuk masuk poket sendiri.”

 “Jika keadaan ini dibiarkan berterusan, pemain akan terus ditindas dan individu dalam pengurusan Sabah FC akan terus mencipta ‘kekayaan’ dengan cara yang mudah.”

Selain itu, portal Borneo Today itu juga turut mendedahkan bahawa beberapa pembelian peralatan fasiliti di stadium juga menjadi persoalan kerana harga yang tidak munasabah.

“Pembelian kelengkapan di stadium juga perlu diberi perhatian apabila pembelian LED yang berharga RM300,000 boleh meningkat kepada RM800,000 apabila dibeli oleh Sabah FC.”

“Tuntutan-tuntutan lain seperti pembelian peralatan alat menyukat bacaan jantung juga dilihat tidak munasabah. Alat yang berharga RM300 boleh dibeli dengan harga RM130,000.”

Dakwaan salah laku serta pecah amanah ini merupakan sesuatu yang serius, dan diharapkan pihak pengurusan Sabah FC akan tampil menjelaskan situasi ini sebelum menjadi lebih teruk.

Sehingga artikel ini ditulis masih tidak ada sebarang kenyataan rasmi dari pihak Sabah FC berkaitan dakwaan yang bawa oleh Borneo Today.

-vocketfc.com

0 comments:

Catat Ulasan