Rabu, 15 Disember 2021

Ibu berang soalan Matematik tahun satu terlalu ‘kayangan’

 

TANGKAP layar contoh latihan Matematik tahun satu

PETALING JAYA: Seorang ibu hari ini berkongsi di Facebook berhubung rasa bimbangnya terhadap latihan Matematik tahun satu sekolah rendah yang terlalu menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi  (KBAT) dan terlalu sukar untuk diselesaikan anaknya.

Norlizah Abas memberitahu, hal ini bukan sekadar rungutan daripada dirinya sendiri, sebaliknya turut menerima rungutan dalam kalangan ibu bapa yang lain.

Tuan-tuan dan Puan-puan, tengok la sendiri. KBAT tak soalan Matematik anak-anak Tahun 1?

Cuba tengok gambar akhir:

? + ? = 71
? + ? = 90.

TANGKAP layar contoh soalan Matematik tahun satu

“Inilah yang saya risaukan,” kata Norlizah dalam status yang dimuat naik.

Fatimah Idris pula berkata, “Kenapa ada bulat2 tu kak? Campur jela mcm pengiraan biasa. Why complicate matters?”

Norfarizah Bakar  juga membalas dalam komen, “bagi contoh guna nombor kecik-kecik dulu la cikgu, 10-20. Kasi can la.”

“Analoginya: enjin power gila dipasang pada kereta kancil lama..sekali tekan minyak, body kereta tertinggal kat belakang,” luah Saiful Haizan.

Eyrra Buqhairah memberitahu; “Ini yang saya mengamuk last year. Anak suruh explain. Mak tak reti. Lepastu menangis-nangis  tak boleh jawab. Rasa nak koyak je buku tuh.” -UTUSAN ONLINE

0 comments:

Catat Ulasan