Jumaat, 31 Disember 2021

Syak wujud aktiviti pembalakan di Lata Jarum,Raub

 

TANGKAP layar laluan sebesar lebih raya yang dibuka di Hutan Simpan Hulu Dong, Lata Jarum, Raub, Pahang. — Facebook

TULAR di media sosial berhubung rakaman seorang wanita yang mempersoalkan terdapat beberapa jentera berat di kawasan Hutan Lipur Lata Jarum, Raub, Pahang baru-baru ini.

Malahan, berdasarkan video berdurasi 2 minit 20 saat itu turut menunjukkan terhadap laluan sebesar lebuh raya yang dibuka ke dalam kawasan Hutam Simpan Hulu Dong.

Hutan Simpan Hulu Dong merupakan tempat pemuliharaan Rafflesia atau bunga pakma di Pahang kerana taburannya yang tinggi dan menjadi tumpuan para penyelidik.

"Sepanjang saya di sini, saya tidak pernah melihat air Sungai Dong sekeruh seperti warna teh tarik.

"Walau hujan lebat macam mana sekali pun, airnya akan bertukar menjadi hitam dan kemudian kembali jernih.

"Minta Jabatan Perhutanan Pahang memberi penjelasan berhubung perkara ini," katanya.

RAKAMAN berhubung aktiviti pembalakan yang disyaki berlaku di Lata Jarum, Raub, Pahang. — Facebook

Isu pembalakan di Pahang terus menjadi perbualan hangat rakyat Malaysia apabila tular foto dan rakaman dron himpunan balak yang dihanyutkan susulan banjir di kawasan Karak.

Malahan, tular juga foto keadaan semasa Tasik Chini yang dijadikan kawasan pembalakan sehingga menjejaskan 'keindahan' alam semula jadi di situ. — Majoriti

Related Posts:

  • Air Selangor sahkan label notis pemotongan bekalan air Label notis pemotongan bekalan air berwarna merah yang tular di laman sosial, hari ini. FOTO IHSAN TULARKuala Lumpur: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) hari ini mengesahkan label notis pemotongan bekalan ai… Read More
  • Minda TGHH:Gempar Langkah Dubai  Minda Presiden PASGEMPAR LANGKAH DUBAIDimulakan jenama langkah untuk mengubah kerajaan oleh kumpulan Langkah Kajang dan juga kumpulan demonstrasi jalanan yang mahu memaksa kerajaan diubah berslogankan ‘Reformasi’. Kemud… Read More
  • Sumber: Polis tahan ambulans untuk elak bertembung konvoi PM Rakaman video yang memaparkan polis trafik menahan sebuah ambulans bagi memberi laluan untuk konvoi masuk ke jalan utama di Johor Bahru tular di media sosial, dengan orang ramai mempersoalkan tindakan itu.Malaysiakini&n… Read More
  • Surat terbuka buat Jocelyn Chia.Pertama, paksu tak kenal pun you ni siapa. Entah datang dari ceruk gua mana tiba-tiba nama you trending di semua sosial media. Viral sampai satu negara kami gegak gempita. Kedua, paksu tak tahu apa yang buatkan you ni ma… Read More
  • Ingatkan Raja Azura yang kahwin, rupa-rupanya... Tangkap layar hantaran di TikTok Syed Saif Alsagoff pada Sabtu.KECOH di media sosial apabila pengacara dan pelakon, Raja Azura memuat naik hantaran memaparkan beliau sedang berjalan menuju ke pelamin bersama pembaw… Read More

0 comments:

Catat Ulasan