KEMAMAN – Perbuatan seorang penganggur memperkosa dan meliwat seorang wanita pada dua tahun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara 12 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Hakim Wan Suhaila Mohd. menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Abdul Karim Abu Kasim, 38, membuat pengakuan bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan.
Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara 12 tahun dan 10 sebatan bagi pertuduhan pertama manakala bagi pertuduhan kedua, hukuman tujuh tahun penjara dan dua sebatan dikenakan.
Bagaimanapun, Wan Suhaila mengarahkan hukuman penjara terhadap tertuduh berjalan serentak bermula dari tarikh ditangkap pada 19 November 2019.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa merogol mangsa yang ketika itu berusia 28 tahun di sebuah bangsal di ladang kelapa sawit di Kampung Payoh, Kemasik antara pukul 12 tengah malam hingga 5 pagi, 18 November 2019.
Dia didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lima tahun hingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. – K! ONLINE
0 comments:
Catat Ulasan