Isnin, 27 Disember 2021

Lima negeri kekal diberi amaran cuaca buruk

 

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dijangka berpotensi menerima hujan secara berterusan menjelang 30 Disember nanti.

MetMalaysia dalam laporan cuaca di YouTube berkata, keadaan cucaca buruk itu dijangka berlaku berikutan luruan angin monsun yang memasuki rantau negara pada ketika ini.

Sementara itu, di Sarawak turut dijangka berlaku hujan secara berterusan melibatkan kawasan di sekitar barat negeri itu bagi tempoh 29 sehingga 31 Disember 2021.

Selain itu, MetMalaysia turut menasihatkan agar orang ramai yang tinggal di negeri berkenaan untuk sentiasa berjaga-jaga dengan kemungkinan banjir yang boleh berlaku. – K! ONLINE.

Related Posts:

  • Saintis beri amaran Matahari ‘tidak stabil’Gambar daripada Agensi Angkasa Eropah (ESA) menunjukkan imej Matahari, kira-kira separuh jalan antara Bumi dan Matahari diambil oleh The Extreme Ultraviolet Imager (EUI) dan instrumen Polarimetric and Helioseismic Imager (PHI… Read More
  • Lima negeri kekal diberi amaran cuaca buruk Gambar hiasanPETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca buruk bagi negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor yang dijangka berpotensi menerima hujan secara berterusan menjel… Read More
  • Piala Malaysia: Pasukan-pasukan yang mampu sekat JDT Pilihan utama untuk menjuarai Piala Malaysia adalah Johor Darul Ta’zim (JDT) namun Selangor FC diramal mampu mencipta kejutan seterusnya beraksi di final bersama juara Liga Super lapan kali berturut-turut itu.Itu harapa… Read More

0 comments:

Catat Ulasan