Jumaat, 17 Disember 2021

Muntah Kayangan: UMT terima sampel muntah paus untuk analisis

 LAPORAN Harian Metro sebelum ini

LAPORAN Harian Metro sebelum ini

Kuala Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan membuat analisis terhadap objek yang didakwa muntah ikan paus atau ambergris yang dijumpai seorang wanita di Marang, baru-baru ini.

Pengarah Pusat Perkhidmatan Penyelidikan dan Lapangan (PPPL) UMT Prof Madya Dr Hasrizal Shaari berkata pihaknya sudah menerima sampel tersebut daripada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu.

"Kita terima sampel seberat empat gram itu malam tadi dan keputusan analisis akan diketahui dalam tempoh seminggu lagi.

"Ini selaras dengan memorandum persefahaman (MoU) yang terjalin antara UMT dengan Jabatan Perikanan untuk sentiasa bekerjasama dalam apa sahaja berkaitan spesies marin terancam dan kelautan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Selasa lalu, media melaporkan seorang wanita dari Kemaman menjumpai objek yang dipercayai muntah ikan paus itu ketika memancing berhampiran jeti Lembaga Kemajuan Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Marang pada akhir November lalu.

Susulan itu, Jabatan Perikanan Negeri Terengganu pergi ke rumah wanita tersebut keesokannya untuk mengambil sedikit sampel bagi tujuan kajian sama ada ia benar-benar muntah ikan paus atau hanya gumpalan sisa-sisa lain yang dibawa ombak.

Di Malaysia, hanya UMT satu-satunya universiti yang berupaya untuk menentusahkan ketulenan sampel ambergris itu berdasarkan kepakaran PPPL yang turut dibantu oleh pakar di Fakulti Sains dan Sekitaran Marin UMT serta Universiti Plymouth di England.

Muntah ikan paus yang bernilai tinggi akan mempunyai bahan aktif yang terdiri daripada tiga bahan utama iaitu ambrein (25 hingga 45 peratus), epicoprosterol (30 hingga 40 peratus) dan coprostanone (tiga hingga empat peratus).

Mengikut rekod UMT, sebanyak 18 sampel objek yang didakwa muntah ikan paus telah dibuat kajian setakat ini namun hasil analisis yang dijalankan mendapati kesemua sampel tersebut tidak menunjukkan kehadiran tiga bahan aktif itu dan tidak mempunyai harga di pasaran.

Beliau berkata ramai yang tidak sabar untuk mengetahui apakah objek ditemui wanita tersebut adalah muntah ikan paus yang asli atau sebaliknya dan mengakui turut teruja untuk menjalankan proses analisis tersebut.

"Proses analisis ini hanya menggunakan sedikit sahaja daripada kuantiti sampel yang diberikan, bakinya akan kita kembalikan kepada Jabatan Perikanan," katanya.

-myMetro

Related Posts:

  • Gaji penjawat awam akan dikaji - PM Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucapan pada Sambutan Hari Pekerja 2023 yang bertemakan Pekerja Pemangkin Wadah Malaysia Madani pada Isnin. - Foto BERNAMAPUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwa… Read More
  • Saintis temui bahan plastik dalam darah manusiaMikroplastik ini sangat halus sehingga ada masanya tidak terlihat oleh mata manusia. - ShutterstockAMSTERDAM – Satu kajian terbaharu mendedahkan mengenai penemuan pertama dan mengejutkan mikroplastik atau kepingan kecil plast… Read More
  • REALITI: 5 PERKARA AKAN BERLAKU TAHUN 2022! 5 PERKARA AKAN BERLAKU TAHUN 2022!Semalam, saya sempat menonton satu sedutan video yang dimuatnaik oleh tuan Zaidi Ismail, pakar forensik kewangan.Dia meramalkan sekurang-kurangnya akan ada LIMA benda berlaku di tahun 2… Read More
  • Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Terjatuh Ke Dalam Lubang Hitam? Apa Yang Akan Terjadi Jika Anda Terjatuh Ke Dalam Lubang Hitam?MasyaAllah, pujian kepada Allah yang mencipta dunia ini dan memberi akal fikiran kepada manusia. Lubang hitam adalah salah satu objek paling misteri da… Read More
  • Dos penggalak bukan pengakhir vaksin Covid-19?Dos penggalak diperlukan kerana kesan perlindungan atau tahap peneutralan antibodi bagi semua vaksin.Walaupun pada peringkat awal ramai yang meragui keberkesanan vaksin Covid-19, tetapi pengambilan suntikan vaksin menunjukkan… Read More

0 comments:

Catat Ulasan