Kira-kira 200 penumpang pesawat British Airways (BA) berdepan saat cemas setelah cermin depan Boeing 77 dari Gatwick di London ke Costa Rica, retak, terkena ketulan ais dari sebuah jet yang terbang 1,000 kaki di atasnya
Kejadian dianggap ‘satu dalam sejuta’ berlaku ketika BA2236 berada pada ketinggian 35,000 kaki menyebabkan pesawat membawa pelancong bercuti tidak sempat pulang ke London bagi menyambut Krismas.
Bagaimanapun, juruterbang berjaya mengendalikan penerbangan yang mengambil masa kira-kira 11 jam itu sebelum mendarat di lapangan terbang San Jose.
Penerbangan pulang mereka dijadualkan semula pada petang berikutnya tetapi kegagalan untuk mendapatkan pesawat yang dialihkan dari Jamaica bermakna mereka terpaksa bermalam lagi di hotel lapangan terbang, namun akhirnya berlepas pada hari ‘Boxing Day’ (26 Disember 2021) – 50 jam lewat daripada jadual.
BA2236 sepatutnya berlepas dari San Jose ke Gatwick pada petang 23 Disember dan penumpang pada mulanya diberitahu untuk menjangkakan kelewatan selama 90 minit.
Tetapi kerana cermin depan retak, pesawat itu perlu diperbaiki oleh pakar.
Ketebalan cermin depan kokpit biasanya kira-kira dua inci, diperbuat daripada pelbagai lapisan kaca mineral dan plastik jernih.
Ia direka khas untuk menahan rempuhan burung serta ais yang jatuh dari udara, dianggap setanding dengan kaca kalis peluru.
Sementara itu, BA menyatakan permohonan maaf di atas kejadian yang tidak disangka-sangka sehingga merosakkan rancangan penumpang untuk menyambut Krismas.
“Kami tidak akan sekali-kali menerbangkan pesawat melainkan kami berasakan ia benar-benar selamat untuk berbuat demikian, dan pada kesempatan ini, jurutera kami tidak dapat membenarkan ia terbang,” kata jurucakap BA.
-Agenda Daily
0 comments:
Catat Ulasan