Sabtu, 25 Disember 2021

Michael Ang jadi Hanafi, pesanan rambut sikat tepi Jep Sepahtu

 

DUA video TikTok membabitkan Michael Ang dan Jep Sepahtu berkaitan isu 'rambut sikat tepi' trending.

NAMPAKNYA, kisah Hanafi bukan sahaja menjadi bahan kecaman dan bualan netizen tetapi momen kecurangannya turut dilakonkan semula oleh netizen.

Turut tidak ketinggalan berlakon menjadi lelaki curang itu ialah pengarah Michael Ang yang menyikat rambutnya dengan gaya ‘sikat tepi’ seperti Hanafi.

Namun, lain yang hendak disampaikan, perkara lain pula yang menjadi perhatian netizen iaitu warna kulit Hanafi yang bertukar cerah.

“Ini Hanafi terlebih makan pil pemutih kulit,” komen netizen.

Tidak cukup dengan itu, tular pula video pendek memaparkan lakonan Jep Sepahtu yang sebelum ini pernah berpesan agar lelaki jangan membuat gaya rambut sikat tepi.

“Aku dah pernah pesan, rambut jangan sikat tepi. Orang kalau tengok rambut sikat tepi, mudah kena bohong. Pacak!” kata Jep.

“Rupa-rupanya Jep boleh melihat masa depan, kita saja yang lalai,” seloroh seorang netizen lain.-Kosmo

0 comments:

Catat Ulasan