KOPERASI KAKITANGAN BANK SIMPANAN NASIONAL BERHAD
JAWATAN
PENAKSIR AR-RAHNU
Tanggungjawab kerja:
• Menerima, mengenalpasti dan menyemak maklumat pelanggan.
• Menguji setiap barang kemas emas melalui ujian pengesahan mutu marhun.
• Memasukkan maklumat pelanggan ke dalam sistem Ar Rahnu.
• Mencetak dan menyemak Surat Akuan Gadaian (SAG) dengan maklumat gadaian adalah tepat dan betul.
• Menyusun, mengatur dan menyerahkan sampul barang kemas emas kepada Ketua Unit Operasi/Penolong Pengurus Cawangan/ Pengurus Cawangan untuk diperiksa dan disahkan.
• Mempromosikan produk Ar Rahnu dari semasa ke semasa.
• Menjalankan tugas harian sebagai penaksir emas di cawangan
• Mengendalikan aktiviti perniagaan / jualan dan pemantauan di cawangan
• Memantau sasaran cawangan, mencadangkan pelan tindakan untuk mencapai sasaran cawangan
• Menyelia, mengendalikan dan memantau aktiviti promosi produk
Keperluan Kerja:
• Berkelulusan sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau Diploma daripada IPT dan IPTS yang diiktiraf oleh MQA.
• Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Matematik diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia.
• Memiliki sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman terutama di koperasi merupakan satu kelebihan.
• Menerima arahan dari semasa ke semasa dari Jabatan / Pengurus Cawangan / Penolong Pengurus Cawangan
• Boleh bekerja secara berpasukan untuk mencapai objektif yang ditetapkan
• Berdisiplin dan mematuhi undang-undang dan polisi syarikat; dan Berpenampilan kemas dan menarik.
TARIKH TUTUP IKLAN:12 JANUARI 2022
0 comments:
Catat Ulasan