Khamis, 6 Januari 2022

Zahid kembali sokong cikgunya gesa sidang khas Parlimen diadakan

 

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersatu hati menggesa kerajaan mengdakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan isu bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ‘bertaut’ kembali dengan cikgunya Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila turut mendesak kerajaan mengadakan sidang khas Parlimen bagi membincangkan dan meminta penjelasan berhubung bencana banjir yang berlaku baru-baru ini.

Kedua-duanya yang bersahabat baik di dalam UMNO sejak tahun 80-an lagi, kembali mengeratkan dan menyusun strategi untuk cuba membawa UMNO dan PKR bersatu di bawah ‘khemah besar’, malah sudah diketahui umum bahawa Zahid menandatangani akuan bersumpah memberi sokongan kepada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri ketika krisis politik pada 2020.

Kedua-duanya juga berhubung menerusi telefon dan berbincang stategi politik ketika UMNO mengadakan Perhimpunan Agung 2020 (PAU) pada Mac tahun lalu. Rakaman audio perbualan mesra kedua-duanya tular pada awal April yang ternyata benar tetapi telah cuba dinafikan oleh mereka.

Berita berkaitan

Audio berkaitan 

Semalam, Zahid menyokong desakan gabungan Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin Anwar supaya satu sidang khas Dewan Rakyat diadakan bagi membincangkan bencana banjir yang berlaku di beberapa negeri minggu lalu.

Dalam satu kenyataan semalam, Zahid sekata dengan perkara yang dicadangkan Majlis PH untuk diadakan sidang khas Parlimen.

“UMNO menyarankan agar sidang khas Dewan Rakyat mengenai bencana banjir diadakan bagi membolehkan wakil-wakil rakyat mengutarakan pandangan dan resah rakyat serta melontarkan cadangan-cadangan untuk membantu kerajaan mencari jalan terbaik menghadapi bencana yang berlaku,” kata Zahid.

Pada 31 Disember lalu, Majlis PH menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan sidang khas Parlimen bagi memberi penjelasan penuh berhubung dakwaan kegagalan mengurus bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini.

“Suara rakyat yang kedengaran di media sosial amat lantang mengkritik respons Jemaah Menteri yang sangat lembab atau dilihat setakat ‘wayang’ tanpa benar-benar membantu mangsa banjir, termasuk di Sabah, iaitu di Tenom pada Mei dan Penampang pada September.

PH juga menggesa agar kerajaan menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai banjir, iaitu bencana yang disifatkan ‘mengguris hati’ membabitkan kerugian harta benda yang besar dan mengorbankan hampir 50 nyawa.

Manakala, Zahid dalam kenyataannya semalam turut meminta kerajaan melaksanakan segera titah Yang di-Pertuan Agong supaya dilakukan bedah siasat berkaitan banjir yang berlaku itu.

“Dengan angka korban yang begitu tinggi berbanding banjir besar yang pernah melanda negara pada tahun 1971 (30 orang) dan 2014 (21 orang), tentunya memerlukan Kerajaan Keluarga Malaysia melaksanakan segera saranan Titah Yang di-Pertuan Agong agar dilakukan Post-Mortem Bencana Banjir,” kata Zahid.

Kebersamaan Zahid dan Anwar dalam membuat desakan terhadap kerajaan yang memerintah bukan asing lagi, khususnya ketika Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sejak Mac 2020 lagi.

Tindakan Zahid membawa 14 Ahli Parlimen (MP) UMNO mengkhianati Muhyiddin dengan menarik sokongan kepada Kerajaan PN mendapat restu Anwar yang dijanjikan kerusi Perdana Menteri oleh Zahid.

Malah Zahid bersama rakan kepercayaannya Datuk Seri Najib Razak mengajak beberapa MP UMNO lain untuk menandatangani akuan bersumpah menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Namun, setelah PN serta beberapa calon Bebas memberi sokongan penuh kepada Ismail Sabri, dan dipanggil ke Istana Negara, Zahid menukar arah tidak memberi sokongan kepada Anwar.

-Agenda Daily

0 comments:

Catat Ulasan