Khamis, 27 Januari 2022

Indonesia bakal tukar plat kereta siap ada cip RFID

 

Indonesia bakal tukar plat kereta siap ada cip RFID. Ingin mencontohi negara maju, Polis Trafik Indonesia mengambil inisiatif melancarkan pertukaran plat kenderaan daripada warna hitam kepada warna putih berdasarkan penggunaan cip dengan teknologi Radio Frequency Identification (RFID), lapor Gowapos.

Menurut Pengarah Pendaftaran dan Pengenalan Kor Trafik Indonesia, Brigedier Jeneral Yusri Yunus, penggunaan RFID pada nombor plat kenderaan di beberapa negara maju bukanlah perkara baharu.

RFID memberikan manfaat kepada rakyat terutama mengelakkan trafik di plaza tol menjadi sesak.

Indonesia bakal tukar plat kereta siap ada cip RFID

“Memang cip itu akan wujud, apatah lagi sekarang ini revolusi 4.0 telah berlaku, cip ini mempunyai banyak kegunaan.

Sistem ini difikirkan sesuai kerana ia boleh diintegrasikan dengan sistem lain termasuk pembayaran tempat letak kereta, bayaran tol dan memantau pelanggaran pemandu,” katanya.

Cip RFID tersebut dikatakan mempunyai data kenderaan peribadi dan bukti kesalahan yang dilakukan di jalan raya yang boleh digunakan untuk jalan tol elektronik dan tempat letak kereta elektronik.

Penggunaan plat berwarna putih itu dikatakan boleh memudahkan kamera Electronic Traffic Law Enforcement (e-TLE) mengesan nombor plat dengan lebih jelas.

Dalam perkembangan lain, rakyat negara itu juga akan mendapat tawaran pemasangan RFID dan penukaran plat kenderaan secara percuma. Ia adalah sebagai langkah untuk meringankan beban mereka.

-inforakyat.net

0 comments:

Catat Ulasan