Tangkap layar tindakan wanita warga asing itu yang meminta sedekah sekitar Seremban, Negeri Sembilan
PETALING JAYA- Modus operandi digunakan seorang wanita warga asing dengan menjadikan sehelai tudung sebagai ‘modal’ meraih simpati orang ramai diihat membuahkan hasil apabila pendapatan diraihnya melebihi gaji seorang pegawai kerajaan.
Menerusi status dimuat naik seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Muhamad Reza Khalili Khalil, warga asing itu yang menyamar sebagai peminta sedekah sekitar Seremban, Negeri Sembilan turut meraih kutipan sebanyak RM2,300 sehari.
“Kaya jadi peminta sedekah, kalah gaji pegawai. Warga asing pakai tudung, menyamar Islam, bila disuruh mengucap, geleng kepala, bila tanya Islam, geleng kepala juga.
“Pendapatan harian mencecah RM2,300, siap ada buku catatan pendapatan harian bagi tahun 2021 dan 2022, agakya warga Seremban pemurah, ya rakyat Malaysia memang pemurah,” tulisnya.
Sementara itu, berdasarkan gambar di muat naik Muhamad Reza berkaitan buku catatan tersebut, wanita berkenaan juga turut meraih pendapat sebanyak RM2,100 pada 25 April 2021 selain RM2,050 pada 18 April tahun lalu.
Pendedahan lelaki itu turut mendapat reaksi pelbagai orang awam dengan rata-rata daripada mereka menyifatkan rakyat Malaysia sebagai pemurah.
“Alhamdulillah, rezeki peminta sedekah, orang Malaysia memang pemurah, semoga orang Malaysia dimurahkan rezeki,” kata Yatiez Nor.
“Kalau sehari dapat RM2,300, sebulan berapa pula,” soal Mohamed Shaffie Shaffie.
“Kita sedekah boleh pahala, dia menipu dapat dosa, mudah,” kata Dean Detectorist. -K! ONLINE
0 comments:
Catat Ulasan