Selasa, 25 Januari 2022

Kesihatan Dr Mahathir semakin pulih, sudah berselera makan

 

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad yang sedang dirawat Institut Jantung Negara (IJN) sudah semakin pulih dan berselera makan semula, kata anak sulungnya Datin Marina Mahathir.

Dalam satu kenyataan media, Marina memberitahu bapanya sudah mula berkomunikasi dengan ahli keluarga dan keadaan kesihatannya juga sudah menunjukkan peningkatan.

Beliau juga berterima kasih kepada orang ramai kerana mendoakan kesihatan pemimpin veteran itu.

“Mahathir berserta keluarga, berasa terharu dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan agar beliau segera pulih.

“Beliau juga memohon agar orang ramai tidak terlalu bimbang mengenai keadaan kesihatannya,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata Mahathir masih berada di bawah pengawasan pakar di IJN ketika ini.

Bagaimanapun, katanya, pihak IJN masih tidak membenarkan pelawat selain daripada keluarga terdekat.

-Agenda Daily

0 comments:

Catat Ulasan