Mencur! Roti Kerana 3 Hari Tidak Makan, Anak Yatim Diikat dan Dipuk0l Pemilik Kedai
Kisah yang memilukan kembali terjadi di Indonesia. Abdul, anak yatim 7 tahun harus menahan s4kit akibat dipu.kul setelah ‘k4ntoi’ mencuri 2 biji roti coklat di warung berdekatan rumahnya.
Menurut Abdul, dia terpaksa mencu.ri kerana kelaparan setelah 3 hari tidak makan memandangkan neneknya yang berumur 68 tahun jatuh sakit.
Abdul tinggal bersama neneknya di pondok kecil. Ayahnya sudah lama meninggal, sementara ibunya menjadi pembantu rumah di Malaysia yang sudah 3 bulan tidak mengirimkan khabar.
Menurut si Nenek, Ibu Abdul biasanya akan mengirim wang setiap bulan namun kini, sudah tiga bulan ibunya tidak mengirimkan duit buat mereka.
Dalam kejadian yang memilukan itu, dikatakan bahawa pemilik warung bernama M. Yanto. sengaja mengi.kat dan memu.kul Abdul sebagai pengajaran agar tidak mencu.ri lagi.
“Kecil-kecil sudah mencu.ri, besar nanti mau jadi apa!” katanya.
Namun, Yanto enggan mengulas lanjut mengenai perkara yang berlaku.
“Sudahlah! Jangan banyak tanya.. itu bukan urusan kalian!” jelasnya.
Dia memaklumkan bahawa dia sudah memberikan wang untuk berubat. Si nenek juga difahamkan sudah menandatangani surat perjanjian damai dan tidak akan menuntut apa-apa daripada Yanto.
“Semalam pemilik warung datang bawa surat suruh nenek tanda tangan,” jelas neneknya.
Katanya kalau nenek tidak menandatangani surat tersebut, dia akan melaporkan Abdul ke Balai Polis.
“Saya takut.. saya tidak mau cucu saya dibawa ke balai polis. Oleh itu saya menurut untuk menurunkan tandatangan di surat tersebut.. Pemilik kedai ada memberi duit 100 000 rupiah selepas itu untuk membawa Abdul ke klinik.”
Tambahnya lagi.
hmm..tidak sepatutnya Abdul diperlakukan seperti itu. Jikapun mahu memberi pengajaran kepada anak yang beru berusia 7 tahun itu, cara yang dilakukan oleh si pemilik kedai yang sudah sedia maklum sebagai orang yang sudah dewasa seharusnya lebih waras.
Sumber : pwmu.co
Credit:realmerah.com
0 comments:
Catat Ulasan