TANGKAP layar video yang dimuat naik Nabila ketika menghubungi Muhammad Haziq.
PETALING JAYA – Siapa sangka, si cilik yang viral dengan video ular sawa baru-baru ini iaitu Muhammad Haziq Mohd Asyraf merupakan peminat penyanyi terkenal, Nabila Razali.
Ingin memberikan kejutan istimewa, Nabila, 30. mengambil peluang membuat panggilan video dengan Haziq yang turut diberikan jolokan sebagai wartawan cilik itu.
Pada tahun 2020, Haziq ada buat sedikit kerja seni dan dengarnya dia peminat saya. Jadi, hari ini saya buat kejutan dengan menghubunginya menerusi panggilan video.
“Saya doakan semua impian Haziq tercapai dan menjadi cef terkemuka seluruh dunia. Jadi anak yang soleh dan belajar rajin-rajin,” katanya kepada kanak-kanak yang berasal dari Bukit Selambu, Kedah itu.
Penyanyi lagu Putus itu turut mengakui terhibur dengan kepetahan dan keletah Haziq dalam beberapa buah video sebelum ini.
Lebih manis, dalam panggilan video tersebut, Nabila turut berduet dengan Haziq menyanyikan lagu Peluang Kedua.
Malah, dia tidak akan menolak sekiranya diberikan kesempatan untuk bertemu kanak-kanak berusia 12 tahun itu yang juga pesakit talasemia itu.
“Dia sangat petah bercakap dan sangat terhibur keletahnya terutama video ular sawa. Memang tak pernah sangka kehebatan hadir daripada seorang kanak-kanak.
“Jika ada rezeki, saya memang nak jumpa Haziq dan juga lupa tempah kek dengannya,” katanya lagi.
Baru-baru ini, Haziq mendapat perhatian ramai apabila dia dikatakan mempunyai bakat besar dalam bidang pengacaraan selepas muncul menerusi beberapa buah video, terutama laporan penemuan ular sawa. – K! ONLINE
0 comments:
Catat Ulasan