Rabu, 26 Januari 2022

"Sangat biadapppppppp," komen Ziana Zain kepada DSV

 Vida menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok.

Vida menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok.

Kuala Lumpur: Tindakan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida yang mendakwa penyanyi Anuar Zain 'gay' menerusi video yang dimuat naik di TikTok mengundang kecaman ramai pihak.

Video berdurasi kurang 15 saat itu memaparkan Vida menjawab pertanyaan seseorang yang meminta dia untuk memikat Anuar untuk dijadikan suami. 

Menerusi video yang dimuat naik seorang pengguna laman sosial lain, ruangan komen dibanjiri dengan kritikan dan kecaman atas tindakan Vida itu.

Tidak ketinggalan kakak kepada Anuar juga penyanyi Ziana Zain yang menyifatkan kelakuan dan tindakan Vida adalah sangat biadap.

"Sangat biadapppppppp," tulis Ziana ringkas yang menggunakan akaun TikTok rasmi miliknya.

Berdasarkan tinjauan Harian Metro pula, ramai yang mahukan penyanyi lagu Lelaki Ini berkenaan mengambil tindakan undang-undang terhadap Vida yang dianggap keterlaluan.

Sehingga kini, perkongsian itu sudah menerima lebih 300,000 tontonan di aplikasi TikTok.

-myMetro

0 comments:

Catat Ulasan