Jumaat, 7 Januari 2022

PAS sambut baik langkah Ketua Pesuruhjaya SPRM

 

KUALA LUMPUR: PAS menyambut baik langkah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, yang secara terbuka memberikan penjelasan tentang tuduhan beberapa pihak termasuk agensi media dan portal bebas terhadapnya berkaitan dakwaan isu pemilikan saham dalam beberapa syarikat.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, langkah tersebut amat tepat kerana ia berkaitan dengan integriti SPRM sebagai sebuah badan penguatkuasa pencegahan rasuah yang utama di negara ini.

Menurutnya, kenyataan terbuka Ketua Pesuruhjaya SPRM tersebut yang berupa penafian terhadap tuduhan berkenaan diharap dapat menghentikan tindakan beberapa pihak yang kelihatan sengaja membangkitkan isu seumpamanya bagi menimbulkan keraguan dalam kalangan rakyat sekali gus untuk menggugat kestabilan negara di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

“Dengan ini juga, beban pembuktian terletak ke atas pihak yang masih terus membuat dakwaan yang serupa bagi membuktikan segala tuduhan ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM berkenaan berasas, sekiranya tidak ia adalah sekadar tuduhan melulu,” ujarnya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau menegaskan, PAS yakin pihak berkuasa akan meneliti kenyataan tersebut dan menilai serta seterusnya mengambil tindakan yang adil kepada semua pihak berdasarkan fakta dan undang-undang.

Selasa lalu, Azam menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mempunyai kepentingan dalam skandal pembelian saham yang dikaitkan dengannya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang didakwa mencemar imejnya.

Menurutnya, beliau telah menjelaskan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bahawa akaun sahamnya digunakan oleh adiknya untuk membuat urus niaga beliau dan tiada kepentingan atau mendapat faedah ke atas saham yang dibeli itu.

Azam juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan mengawal ke atas banyak syarikat termasuk syarikat konglomerat seperti didakwa dan tular, sejak akhir-akhir ini.

Katanya, ia satu penipuan besar pihak tertentu untuk memberi persepsi negatif yang direka cipta untuk menjatuhkan reputasinya dan SPRM.

Suslan itu, Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Azam berhubung skandal pembelian saham yang dikaitkan dengannya.

Pengerusi LPPR, Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata, setelah perbincangan bersama Ahli LPPR, mereka berpendapat Azam tiada sebarang kepentingan pecuniary (kewangan) atau benefisial ke atas saham berkenaan. – HARAKAHDAILY 7/1/2022

Related Posts:

  • NARATIF DAN WARNA SEBENAR DAP: ‘WAKE UP’ CALL KEPADA PARTI-PARTI MELAYU NARATIF DAN WARNA SEBENAR DAP: ‘WAKE UP’ CALL KEPADA PARTI-PARTI MELAYUTahun 2023 menjadi saksi bahawa DAP adalah parti yang tidak layak dihormati dalam negara ini. Oleh kerana satu parti yang bernama DAP ini, negara ya… Read More
  • PAS KUTUK KERAS PERBUATAN KHIANAT TERHADAP AHLI PARLIMEN DAP PAS KUTUK KERAS PERBUATAN KHIANAT TERHADAP AHLI PARLIMEN DAP PAS memandang serius dan mengutuk keras perbuatan khianat terhadap Ahli Parlimen Beruas, YB. Dato’ Ngeh Koo Ham di rumahnya awal pagi tadi mengakibatkan … Read More
  • Lahirnya Pejuang Kemungkaran Lahirnya Pejuang Kemungkaran=====1. Semata-mata ingin mempertahankan penganjuran konsert yang membawa elemen LGBT, sebahagian kita sanggup memperlecehkan saudaranya yang menasihatkan mereka tentang perihal agamanya.2. L… Read More
  • Politik Melampau PMX. Politik Melampau PMX.1. Sikap melampau YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam membuat tuduhan dan bemain politik persepsi nampaknya semakin menjadi-jadi.2. Jika sebelum ini PMX telah membuat fitnah kononnya Perikatan Nasion… Read More
  • Benarkah Pemuda Al-Kahfi Kristian? Pemuda Al-Kahfi Kristian?Pening selalu kalau keluar dari mulut beliau tu. Cakap 10, 11 tak boleh percaya. Itulah perumpamaannya.Isu argumen:1. Adakah pemuda Al-Kahfi itu beriman?Ya. Pemuda Al-Kahfi itu beriman dengan pe… Read More

0 comments:

Catat Ulasan