Nama "Rina" termasuk dalam 10 topik sohor kini untuk Malaysia di Twitter hari ini.
Antara topik perbincangan yang mencetuskan perkara itu adalah kegiatan turun padang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun di kawasan yang terjejas dengan banjir.
Ia perkara yang menarik perhatian ramai pengguna media sosial itu adalah video memaparkan Rina menggunakan penyembur air atau water jet sambil jurugambar merakam aksinya.
Seorang pengguna Twitter yang memuat naik video itu mempersoalkan mengapa dia membersihkan lantai yang tidak dicemari dengan lumpur banjir.
Entah kenapa dia pergi cuci PPS (pusat penempatan sementara). Sepatutnya pergi cuci rumah mangsa banjir. Tengoklah, secalit lumpu pun tiada di situ," kata @dylawok.
Ketika berita ini ditulis, video itu telah diciap semula lebih 15,000 kali.
Dalam satu hantaran di Facebook, Rina menjelaskan dia berkunjung ke SK Salak di Salak Tinggi, Selangor untuk menyertai operasi pasca bencana.
Menurut Rina, ia bagi membersihkan serta menyusun semula sekolah itu yang sebelumnya dijadikan sebagai PPS, bagi memastikan sekolah itu dapat beroperasi seperti biasa apabila sesi persekolahan dibuka nanti.
"Alhamdulillah, semua keluarga sudah kembali ke kediaman masing-masing selepas banjir surut.
"Saya berbangga dengan semangat para sukarelawan dan tenaga kerja seluruh agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat KPWKM yang mengerah keringat bagi memastikan sekolah ini dapat beroperasi seperti biasa apabila sesi pembelajaran bermula nanti," katanya.
Rina sebelum ini turut mengundang kritikan kerana memakai kasut tumit tinggi ketika menemui mangsa banjir di Kuala Lumpur.
Menjelaskan perkara itu, dia berkata sebelum ke PPS di situ, dia menghadiri perhimpunan agung Bersatu Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (Mitec), dan bergegas keluar setelah presiden Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan.
Dia juga berkata perkara itu tidak sepatutnya menjadi isu.
"Saya sudah tak teringat pada kasut saya, kerana apa yang lagi penting pada saya ialah keberadaan saya di pusat tersebut untuk membantu dan menjaga kebajikan mangsa-mangsa banjir tersebut," katanya seperti dipetik Utusan -mKini
Lagi pendedahan harga Siakap Langkawi harga kayangan Ikan Siakap Viral Langkawi... 🥶Terpanggil untuk menceritakan pengalaman peribadi.. Untuk Kes Kak Ani, di restoran yang sama...Kak Ani order macam biasa siakap 3 rasa satu....udang masak pedas.. etc... Dan Kak…Read More
Polis siasat duit RM50 diselit pada makananGambar tular bungkusan makanan berserta wang RM50 didakwa mempunyai unsur politik di Melaka baru-baru ini. MELAKA – Polis Melaka semalam mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung gambar tular bungkusan makanan yang d…Read More
0 comments:
Catat Ulasan