Jumaat, 5 November 2021

PN Sarawak serah kepada Muhyiddin, Abang Jo bincang agihan kerusi

Perikatan Nasional (PN) Sarawak menyerahkan kepada kebijaksanaan Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg (kiri) dan Presiden BERSATU merangkap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan pembahagian kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak (PRN-12).

KUCHING: Perikatan Nasional (PN) Sarawak menyerahkan kepada kebijaksanaan kepemimpinan tingginya dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam memutuskan pembahagian kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri ke-12 Sarawak (PRN-12).

Pengerusi PN Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah, berkata perkara itu diserahkan kepada kepemimpinan Presiden BERSATU merangkap Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta Ketua Menteri yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah. - NSTP/ARKIB
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sarawak, Senator Jaziri Alkaf Abdillah. - NSTP/ARKIB

Bagi PN Sarawak, beliau berkata, mereka bersedia untuk berhadapan dalam PRN ini setelah melaksanakan khidmat untuk rakyat selama ini.

"Konsep politik kami jelas, iaitu politik khidmat dan politik matang menjadi pegangan kerana yang perlu diutamakan adalah rakyat Sarawak dan ia melangkaui PRN. Kami lebih melihat peluang untuk memberi khidmat yang terbaik untuk rakyat Sarawak adalah lebih penting dan utama," katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, kerajaan negeri di bawah kepemimpinan Abang Johari telah memberi perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat Sarawak yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik.

 "Oleh itu saya berharap adalah wajar bagi kita memberi sokongan kepada beliau sekali lagi untuk meneruskan perkhidmatan dan agenda pembangunan untuk semua rakyat Sarawak," katanya.

Dalam pada itu, beliau berharap prosedur operasi standard PRN ini dapat ditetapkan segera dengan jelas memandangkan Sarawak masih dalam ancaman pandemik COVID-19.

"Diharapkan semua pihak dapat berfikir dan menyumbang bagaimana langkah terbaik dalam melaksanakan PRN Sarawak ini supaya ia berlangsung dengan selamat dan tidak membahayakan nyawa kita semua," tambahnya. - BERNAMA

0 comments:

Catat Ulasan