TERKINI PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,372 undi

Calon BN mewakili Kerajaan Perpaduan meraih majoriti 3,372 undi.
Calon BN mewakili Kerajaan Perpaduan meraih majoriti 3,372 undi.

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani mewakili Kerajaan Perpaduan dan calon PAS, Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN).


BN TAWAN SEMULA DUN NENGGIRI DENGAN KEMENANGAN BESAR

Mohd Azmawi (tiga, kanan) meraikan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri bersama penyokong-penyokong di Balai Rakyat Bukit Chekati malam ini.  - Foto BERNAMA
Mohd Azmawi (tiga, kanan) meraikan kemenangan pada PRK DUN Nenggiri bersama penyokong-penyokong di Balai Rakyat Bukit Chekati malam ini. - Foto BERNAMA

GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani diumumkan secara rasmi menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri selepas menewaskan calon BERSATU mewakili Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail sekali gus menawan semula kerusi itu.

Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud, di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Kompleks Perdana, Majlis Daerah Gua Musang, jam 9.35 malam ini.


KEMENANGAN DI NENGGIRI PEMANGKIN UMNO, BN DAPAT SOKONGAN RAKYAT - ZAHID

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) perlu meraikan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan penuh tawadhu' dan keinsafan bahawa jalan perjuangan parti masih panjang untuk rakyat.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kemenangan ini juga adalah pemangkin dalam meneruskan usaha mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan BN.


PRK NENGGIRI: PEMIMPIN PN UCAP TAHNIAH KEPADA BN

Pengarah Operasi pilihan raya PN bagi PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa (kanan) dan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.
Pengarah Operasi pilihan raya PN bagi PRK Nenggiri, Tan Sri Annuar Musa (kanan) dan Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

KUALA LUMPUR: Selepas keputusan semakin jelas menunjukkan Barisan Nasional (BN) kembali merampas kerusi DUN Nenggiri, pemimpin Perikatan Nasional (PN) mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada BN.


KEMENANGAN BESAR INI BUKTI RAKYAT TAK TOLAK BN - AHMAD JAZLAN

GUA MUSANG: Barisan Nasional (BN) menyifatkan kemenangan besar calon mereka, Mohd Azmawi Fikri Abdul pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, malam ini adalah bukti rakyat tidak menolak parti itu.

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Dr Ahmad Jazlan Yaakub, berkata kemenangan bergaya itu turut menyaksikan gelombang kebangkitan anak muda dan Melayu.


TERIMA KASIH PENGUNDI KERANA PILIH SAYA - MOHD AZMAWI

Mohd Azmawi (kanan) menyampaikan ucapan meraikan kemenangan pada PRK DUN N.43 Nenggiri di Balai Rakyat Bukit Chekati malam ini. - Foto BERNAMA
Mohd Azmawi (kanan) menyampaikan ucapan meraikan kemenangan pada PRK DUN N.43 Nenggiri di Balai Rakyat Bukit Chekati malam ini. - Foto BERNAMA

GUA MUSANG: 'Terima kasih pengundi kerana memilih saya'.

Demikian ucapan calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan dan Gua Musang itu berkata, kemenangan malam ini bukan kemenangan beliau semata-mata sebaliknya kemenangan parti.


Barisan Nasional merampas kembali kerusi DUN Nenggiri dalam PRK kawasan itu. - Foto Facebook Tengku Razaleigh Hamzah
Barisan Nasional merampas kembali kerusi DUN Nenggiri dalam PRK kawasan itu. - Foto Facebook Tengku Razaleigh Hamzah

8.12 malam: Selepas semua 20 PDM dikira, BN meraih 9,112 manakala PAS mendapat 5,741 undi sekali gus BN meraih majoriti lebih besar 3,372 undi.




Keputusan tidak rasmi PRK Nenggiri.
Keputusan tidak rasmi PRK Nenggiri.

8.06 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 8,969 undi berbanding PAS 5,566 undi. Daripada 20 PDM, 17 dimenangi BN, dua dimenangi PAS


8 malam: Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail. BN mendahului dengan majoriti besar 3,026 undi selepas meraih 8,202 undi berbanding PAS 5,176 undi.

Daripada 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) , 17 PDM sudah selesai pengiraan dengan 15 PDM dimenangi BN. Hanya dua PDM dimenangi PAS setakat ini.

7.47 malam: TIDAK RASMI: Berbaki tiga daripada 20 PDM belum selesai proses pengiraan.



7.45 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 8,202 undi berbanding PAS 5,176 undi. BN menang dengan majoriti 3,026 undi.


7.36 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului 7,931 undi berbanding PAS 5,067 undi. 14 PDM dimenangi BN, manakala 2 PDM dimenangi PAS.



7.36 malam: TIDAK RASMI: 12 PDM ditawan BN, manakala 2 PDM dimenangi PAS. Enam PDM masih dalam proses pengiraan.


7.34 malam: TIDAK RASMI / BN mendahului dengan 7,115 undi berbanding PAS 4,431 undi. BN mendapati majoriti 2,857 undi

Suasana di pusat operasi  BN di Gua Musang.
Suasana di pusat operasi  BN di Gua Musang.

7.30 malam: TIDAK RASMI: 12 PDM dimenangi BN, manakala 2 PDM dimenangi PAS setakat jam 7.30 malam. Hanya 6 PDM yang belum selesai pengiraan undi.


Keputusan tidak rasmi PRK Nenggiri setakat jam 7.26 malam.
Keputusan tidak rasmi PRK Nenggiri setakat jam 7.26 malam.

7.25 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 6,911 undi berbanding PAS 4,109 undi. Setakat jam 7.25 malam, 11 PDM dimenangi BN, 2 PDM dimenangi PAS.



7.18 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan majoriti 2,763 undi.


7.17 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 6,305 undi berbanding PAS 3,635 undi sehingga jam 7.15 petang. Sehingga kini 11 PDM dimenangi BN dan satu dimenangi PAS.


7.15 malam: TIDAK RASMI: PDM KESEDAR Limau Kasturi menjadi PDM pertama yang dimenangi PAS.


7.14 malam: TIDAK RASMI: Sembilan PDM yang dimenangi BN adalah Tohoi, Sungai Wias, Kuala Sungai, Serian, Pos Simpor, Sungai Puian, Bertam Baru, Star, Sungai Jenera.


7 malam: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 3,447 undi berbanding PAS 1,490 undi. Hingga kini 7 daripada 20 PDM dimenangi BN


Keputusan tidak rasmi PRK Nenggiri.
Keputusan tidak rasmi PRK Nenggiri.


6.40 petang: TIDAK RASMI: BN mendahului dengan 2,278 undi berbanding PAS 597 undi setakat jam 6.40 petang ini. Tujuh daripada 20 PDM dimenangi BN setakat ini


6.36 petang: Tidak rasmi - BN mendahului dengan 1,592 undi

Barisan Nasional (BN) menang di enam pusat daerah mengundi (PDM) yang ditutup awal pada Pilihan Raya Kecil (PRN) DUN Nenggiri.

Enam PDM terbabit adalah Tohoi, Sungai Puian, Kuala Sungai, Sungai Jenera, Pos Simpor dan Pos Sungai Wias.Kemenangan di enam PDM itu dengan majoriti 1,592 undi.

Pengarah Operasi PRK Nenggiri Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa.
Pengarah Operasi PRK Nenggiri Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Annuar Musa.


6.20 petang: Pemimpin PN, Tan Sri Annuar Musa membayangkan persaingan sengit dengan kemungkinan undi untuk gabungan itu merosot.

Dalam satu hantaran di Facebook, Annuar mendakwa lebih 2,000 pengundi PN tidak keluar mengundi "gara-gara tempias berita pihak lain mendapat duit."

Pun begitu Annuar tidak menjelaskan kaitan antara perkara ini.

Pemimpin PAS itu juga mendakwa peratusan keluar mengundi yang lebih tinggi pada hari ini mungkin memberi kelebihan kepada BN.

Petugas SPR menutup pagar Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Renok Baru tepat jam 6 petang tadi selepas tamat waktu mengundi. - Foto BERNAMA
Petugas SPR menutup pagar Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Renok Baru tepat jam 6 petang tadi selepas tamat waktu mengundi. - Foto BERNAMA


6 petang: Semua 20 pusat pengundian

PRK DUN Nenggiri membabitkan seramai 20,259 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Rizwadi Ismail.

PRK itu diadakan berikutan kekosongan kerusi yang diumumkan Speaker DUN Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada 19 Jun lepas, selepas bekas penyandangnya Mohd Azizi Abu Naim digugurkan keahlian oleh BERSATU pada 13 Jun lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, calon BN Ab Aziz Yusoff tewas kepada Mohd Azizi yang bertanding di bawah tiket PAS mewakili PN dengan majoriti 810 undi.


-BH Online