Cerita kena samun
Gambar sekadar hiasan
Oleh: Zahriman Alias
Pada malam ini 16 tahun lalu, jam 3 pagi atok bangun dari tidur untuk ke tandas. Suasana sepi aman terteram...3 Hari sebelumnya rumah atok hiruk pikuk, kelam kelibut kerana atok buat kenduri kawin anak ke3 di rumah ...malam berkenaan tinggal lah atok berdua dengan uwan macam biasa....penat lelah kerja kenduri masih belum hilang sepenuhnya.
Sehari sebelumnya atok masih sibuk kesana kemari melunaskan hutang2 yang perlu dijelaskan....hutang kontrak makan, hutang khemah dan meja, pelamin, pembesar suara, kompang.... macam2. Alhamdulillah semua telah dilunaskan pada hari tersebut...baki tunai adalah rm3-4k, note besar simpan dalam beg selendang kulit atok bawak ke sana kemari belum sempat ke bank , maklum hujung minggu. Wang rm5 dan rm10 masih bertaburan dalam laci almari...belum dihitung. Jumlah banyak jugak maklum para sahabat dan orang2 kampong kebanyakan hulur duit kecil....takpelah, fikir atuk ...bila senang dikutip dan hantar ke bank.
Malam tu...selepas ke tandas atok duduk kejap depan TV tengok sukan snooker, sukan kegemaran atok suatu ketika. Habis sukan duduk pulak mengadap computer juga di ruang tamu...asik picit sana, tekan sini hilang pemikiran di alam maya. Pada masa tu belum ada fb dan WhatsApp tapi masih seronok menyelami benda yg baru dan menakjubkan....
Sepuluh minit di meja computer, jam tepat 4.15 pagi konsentrasi atok tersentak...terdengar bunyi tapak kaki orang berlari laju atas lantai...banyak kaki...atok toleh ke kanan bunyi dari bilik hujung....tergamam atok dengan kehadiran 4 lelaki badan kecil, kulit gelap sawo matang ...berlari ke arah atok. Di tangan mereka terhunus parang2 panjang tajam berkilat. Beberapa saat saja sudah sampai ke tempat atok duduk, serentak ke empat2 parang telah terletak di leher dan tengkuk atok...hilang segala ilmu silat yang dipelajari, hilang segala langkah menepis Dan menyerang semula yang diajar Tok guru Ustaz Hanafi....malah atok nak bangun dari tempat duduk pun tak sempat.
Atok hanya mampu mengangkat kedua2 tangan ke atas sambil berkata...ok3.
Mereka tidak berkata apa2....lantas saja mengikat tangan atok ke depan dengan dawai kasar yang mereka bawa. Khuatir tangan atok terjerut ketat, atok menyilang sedikit tangan atok semasa dia menyimpai, jadi taklah terasa ketat sangat.
Kekecohan di luar bilik buat uwan terjaga...dia keluar dari bilik dengan busar panah di tangan...uwan, uwan...itu panah hiasan...hehehe. Tapi semangat melawan uwan tetap atok sanjung....
Mereka merentap uwan, disuruh duduk sebelah atok, tangannya pun diikat lebih ketat dari atok. Kaki uwan tak diikat. Mereka guna pula tali busar panah untuk ikat kaki atok....
Sori atok stop dulu...kejap lagi atok sambung cerita...uwan nak ajak atok pergi pasar tani...tunggu ye...!
Uwan kelihatan sangat trauma...muka pucat, hampir gigil...apatah lagi bila si ketua perompak menyeluk lehernya, menggenggam Dan merentap rantai emas yang dipakainya...terdengar suara uwan merengek kesakitan terutama bila dia merentap cuping telinga uwan untuk mengambil subang, jugak rantai emas di tangan. Namun atok sangat bersyukur uwan selamat dari bahaya yang sangat besar....mereka cuba menanggalkan gelang bulat Jade yg uwan pakai...gelang tu sebenarnya adalah Jade ori yang berharga atok beli semasa kami melawat Negeri China....gelang tu memang ketat tak boleh di bukak jika tidak mengguna kaedah tertentu dan hanya boleh dibuka di kedai emas. Perompak tak jadi mengambil gelang itu...mungkin mereka sangka ia hanya jade tiruan. Bayangkan jika mereka tau it barang berharga, tidak ke mungkin tangan uwan telah dipotong oleh mereka....
Seriklah uwan...selepas dari peristiwa itu dia tidak lagi mau memakai gelang jadenya....
Selepas kedua2 kami diikat, dua orang perompak tinggal menjaga kami, parang sentiasa berada dileher kami...kami disuruh tunduk tidak dibenar melihat muka mereka...namun sebelum itu atok sudah dapat melihat bilangan mereka 4 orang, kulit semacam punya gelap, saiz kecil tidak sasa...bahasa mereka memang Indonesia tapi loghat apa atok tak pasti sebab tak pernah mendengar loghat it...jugak atok langsung tak faham bahasa yg mereka guna.
Salah seorang dari mereka menutup muka menggunakan T shirt atok yang mereka peroleh dari bilik hujung tempat mereka masuk melalui tingkap. Yang bertiga lagi tak tutup muka....
Sementara dua orang menjaga kami, yg lagi dua terus menggeledah. Mereka beri tumpuan kepada bilik tidur atok...pastinya mereka fikir kalau nak cari barang berharga mesti Ada dalam bilik tidur kami...namun puas mereka geledah namun tak jumpa wang tunai, dompet atok atau barang kemas uwan....mereka acap kali datang dan bertanyakan...Wangnya mana...masnya mana...??
Flasback sikit....sebelum kejadian di rumah atok, perompak yang sama sudah mengganas di dalam kampung Sg Yu tempat atok ni. Dah 9 rumah mereka ceroboh berlaku selang 3-4 hari. MO yg digunakan semua sama...masuk dari tingkap atau pintu yg diumpil, ikat dengan dawai, dan seorang tutup muka....ekorannya seluruh kampung sudah berjaga2, tiap lorong dan pintu masuk dibuat pos peronda, tiap malam hampir seluruh penduduk lelaki keluar meronda atau atau bersiap siaga di pos2 yg didirikan...atok dan uwan juga pernah join mereka buat rondaan...
Pada malam kejadian di rumah atok...jam 2 pagi telah berlaku kegemparan di sebuah rumah 1km dari rumah atok. Semua penduduk rush kesana...30-40 biji motor, tapi hanya false alarm, tak ada apa2 yg dijumpai. Atok andaikan false alarm itu sengaja dibuat oleh perompak berkenaan untuk mengalih pandangan penduduk yg berjaga...jam 4 pagi mereka senyap2 tiba di rumah atok....
Aneh jugak rasanya...atok sendiri sepanjang masa perompak berada dalam rumah selama 20 minit, atok macam cool je, tak cemas, taklah gentar sangat...ini disebabkan salah seorang perompak itu acap kali berkata...Maaf Pak, kami hanya cari makan. Jadi kefahaman atok mereka tak akan mencederakan kami. Namun rasa cuak tetap ada...sebab mereka tak jumpa duit dan barang kemas. Mereka sering saja datang bertanyakan... Wangnya mana, masnya mana...
Suatu ketika si ketua memanggil kesemua rakannya masuk kedalam bilik atok...Tak tau apa mereka bincangkan. Atok dan uwan ditinggalkan bersendirian diluar bilik...
Uwan lantas hendak bangun sebab kakinya tidak berikat....Saya lari ye, katanya...
Jangan...duduk diam...kata atok.
Ish....Naya nanti kalau uwan lari. Dia belum lepas kemana parang dah sampai di belakang kepala. Jadi kami duduklah diam2 walau tiada siapa menjaga kami...
Last sekali ketua perompak datang pula... Wangnya mana, masnya mana...ketika itu baru atok nampak yang beg selendang atok dah sedia ada tersangkut di leher dia...patutlah dia cari tak jumpa.
Itu dalam beg ada wang 3 ribu....atok beritau. Lantas dia membuka dan menyeluk...sah semua duit ada di sana. Terus saja dia menelipon seseorang bercakap bahasa Melayu...ayoh, kami keluar sekarang.
Mereka buka pintu depan dan menyelinap keluar di dalam kegelapan malam....
Atok segera dapat melepaskan diri sebab tangan atok sengaja disilangkan semasa dia menyimpai...jadi dia longgar dan mudah diloloskan...
Sekian episod pertama....kalau nak tau apa jadi kepada perompak2 itu...mungkin atok Sambung lagi episod akan datang... Juga true story dan bukan rekaan....
0 comments:
Catat Ulasan