Saya pernah tonton satu video ucapan Roger Federer (pemain tenis terbaik dunia). Benda yang orang tahu pasal dia adalah berapa banyak perlawanan yang dia selalu menang. Dia cakap, dalam 1,526 perlawanan tenis dia main, hampir 80% perlawanan itu dia menang (saya semak statisik 82% dia menang).
Tapi benda yang orang terlepas pandang ialah keperitanan perjuangan untuk kejar mata untuk menang. Federer kata, mata terkumpul yang dia menang untuk semua perlawanan sepanjang kariernya dalam tenis cuma 54% sahaja.
Saya bagi contoh dalam badminton, kalau kita menang 21-19 itu bermakna kita dah bertempur (rally) sebanyak 40 kali (21+19 = 40) dengan pesaing. Dalam 40 kali pertempuran itu, kita cuma menang 21 kali sahaja yang bersamaan sekitar 53%. Selebihnya kita tewas. Kita menang sebab mata (points) kita banyak sikit daripada pesaing.
Walaupun dia banyak menang dan pernah dapat no. 1 dalam tempoh yang panjang, setiap pertempuran (rally) dalam satu perlawanan, mesti akan ada dia tewas. Nak beritahu pemain terbaik dunia pun tak sempurna. Ada waktu dia tewas untuk kejar dan kumpul mata. Mustahil untuk pemain boleh menang 21-0 ataupun 40-0 untuk setiap perlawanan sepanjang kariernya.
Tak seperti dalam kehidupan sebenar, dalam permainan sukan yang perlu mengumpul mata, jatuh-bangun itu berlaku dalam tempoh yang amat singkat. Selepas dapat mata, kena fokus lagi untuk kumpul lagi mata sampai menang. Kalau tertinggal, kena kejar. Dah dapat kejar, kena jauhkan jurang pulak.
Sebab itu permainan sukan macam ini bukan melibatkan kemahiran (skill) semata. Tetapi perlukan fokus, daya tahan, kecekalan, kekuatan mental dan motivasi yang tinggi.
Ada pengajaran menarik daripada ucapannya. Orang yang menang terletak pada berapa kali dia dapat bangkit dan kejar semula selepas jatuh. Orang yang menang terletak berapa lama dia dapat fokus untuk sempurnakan cita-citanya.
Dalam kehidupan, tak kisah apa benda yang kita hadap pun baik pekerjaan, perkahwinan, persahabatan dan sebagainya, akan ada masa kita menang (bahagia), ada masa kita kalah (kecewa).
Tetapi tanda-tanda orang yang juara ialah dia tangani kekalahannya, kejatuhannya dan kekecewaannya. Bangkit jadi lebih baik, lebih bijaksana, lebih cekal.
Tahniah pada Lee Zii Jia untuk pingat Olimpik 🥉
Kalau minat cerita macam ini, baca buku Same as Ever (penulis Psychology of Money). Boleh beli di sini: https://s.shopee.com.my/7KdBRnsEIx
0 comments:
Catat Ulasan