Sambungan cerita rompakan....atok sorot semula part ke2 untuk dapat rasakan kesinambungannya.
Oleh: Zahriman Alias
Selepas beberapa kejadian rompakan penduduk bertekad untuk bertindak... Pasukan2 sukarela ditubuhkan, pondok2 kawalan didirikan dipersimpangan jalan merata tempat. Penduduk mula keluar beramai2 melakukan peranan masing2 tanpa disuruh mau pun diarah...ia berlaku macam clock work...perduduk kampung tak kira latar belakang sosial mahu pun fahaman politik bersatu padu melakukan tugas...tidak perlu ada campur tangan atau sumbangan dari kerajaan atau badan politik... penduduk tetap bersatu. Masing2 bawak Ubi, jagung, kerang, ikan bawa ke pos kawalan...mereka makan2 sambil berkawal. Atok sendiri tak mampu keluar sendiri bersama mereka...Al maklum, uwan tu tinggal sorang dia sangat takut...tapi beberapa kali, jam antara pukul 2-3 pagi atok ajak uwan naik kereta ronda keliling kampung, singgah di pos2 kawalan merata tempat memberi sokongan moral kepada mereka.
Anehnya, kejadian rompakan tetap berlaku. Selang beberapa Hari akan berlaku kejadian rompakan oleh kumpulan sama....di mana lagi silapnya. Atok juga ternanti2 bila giliran aku nak kena...
Sementara itu, di rumah atok buat persiapan untuk memperkukuh benteng pertahanan....selak pintu ditambah. Tapi hati masih Tak sedap... pintu untuk masuk rumah banyak, ada 4 pintu mana2 pun mereka boleh masuk. Tingkap lagi banyak, berbelas2 bilangannya...lagi susah nak kawal.
Namun fikir atok, benteng pertahanan paling kuat hendaklah bilik tidur atok sendiri...kalau perompak berjaya pecah masuk rumah, kedudukan atok dalam bilik tetap selamat...atok tambah dua selak besar pada pintu...mereka perlu pecahkan pintu untuk masuk. Sementara atok juga bersedia dengan senapang letak tepi katil setiap malam...fully loaded dengan 5 biji peluru. Apa nak jadi, jadilah...di bawah pintu ada ruang, boleh nampak musuh di luar di bahagian kaki...muncung senapang boleh di hala ke sana, kena 5 das peluru automatic akan hancur kaki semua yang ada di luar...
Lapang sikit dada memikirkan nya....
8.8.08 adalah tarikh keramat...anak atok YG ke3 telah memilih tarikh tersebut untuk kenduri kawin sebelah lelaki (sebelah atok)...kenduri diadakan secara gotong royong di rumah atok, sebahagian oleh orang kampung sebahagian lagi oleh adik beradik atok...ramai yang hadir, Dua malam rumah atok berkelicah...terima kasih kepada semua pihak yg bertungkus lumus.
Hari isnin tinggallah atok anak beranak mengemaskan saki baki kerja... pengantin pun turun padang menyental periuk belanga yang hitam...menjelang petang semua beres.
Atok dan uwan...lepas kenduri ada tugas yang seronok...dalam kepenatan masih ada keseronokan....Kira duit mestilah seronok. Jumlahnya Alhamdulillah boleh tahan... terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yg menyumbang ikhlas. Jumlahnya menepsti jangkaan tapi taklah boleh menampung keseluruhan perbelanjaan...yang dah belanja sebelum kenduri kira hangus....jumlah dikumpul pada hari kenduri cukup untuk menangguñg perbelanjaan semasa...
Hari selasa atok ambil kesempatan bayar semua hutang tertunggak....sewa khemah, makan, musik, kompang, pentas, mak andam....semualah. Ada lah berbaki tiga ribu lebih...atok simpan dalam sling bag bawa sana sini, belum sempat pergi bank...
Selasa petang anak2 semua balik ke rumah masing2, tinggal atok dan uwan berdua...keletihan tak terhingga. Malam lepas dinner terus nyenyak dibuai mimpi....
Tepat jam 3 pagi, atok terjaga dari tidur...memang dah jadi kebiasaan bangun untuk ke tandas. Dan kebiasaan juga bila bangun tak tidur semula tapi mengadap tv dulu...
Malam tu ada program snuker yg atok mmg gemar tengok...menontonlah sampai habis jam 4 pagi. Kemudian atok beralih ke PC di luar bilik tidur atok...bukak pulak internet....khusyuk tapi tak ingat apa ceritanya...
Sepuluh minit kemudian, tepat jam 4.10 pagi sedang atok asik dengan komputer Dan internet....tiba2 kedengaran tapak orang berlari dalam rumah...atok toleh ke bilik hujung nampak 4 lembaga manusia...badan kecil belaka kulit gelap...berlari laju ke arah atok, tangan masing2 memegang parang panjang tajam berkilat... kehadiran mereka jelas kelihatan sebab lampu di ruang tamu terpasang...
Atok terkemamar...Tak sempat buat apa. Ia berlaku terlalu pantas...hilang segala ilmu persilatan...usahkan nak buka langkah silat, nak bangun berdiri dari kerusi pun tak sempat...tau2 4 bilah parang terus hinggap ke leher atok...nasib ia tidak ditetakkan...hanya diletakkan atas tengkuk....meremang bulu roma terasa besi bilah parang sejuk melekat di leher...
Atok tak mampu buat apa...melainkan mengangkat kedua2 tangan ke atas sambil berkata... okay3!!!
Mereka lantas mengeluarkan dawai kadar dari baju mereka Dan mengikat tangan atok....untuk mengelak tangan diikat terlalu kuat, atok menyilangkan tangan semasa diikat. Lega rasanya sebab ikatan tu terasa longgar Dan tangan atok mampu digerakkan...
Perompak berempat, hanya seorang menutup muka menggunakan t shirt atok yang di ambil dari bilik tempat mereka keluar...yang lain tak tutup muka. Namun atok tak dapat melihat muka mereka dengan jelas sebab disuruh tunduk dan tidak bersuara....
Kekecohan diluar membuat uwan terjaga dari tidur...Serta merta dia bangun, lantas meluru keluar dari bilik, tangannya memegang busar panah...geli pulak hati atok...uwan keluar dengan panah...takkah dia tak tahu panah itu hanya panah mainan...atau panah hiasan untuk sangkut di dinding.
Pasal geng perompak dari Indonesia ini ia bukan perkara baru bagi atok....telah bertahun2 wujud. Ceritanya lebih kurang sama, kumpulan mereka pun seakan2 sama....Tahun 1991-92 atok bertugas di Cawangan Jenayah Berat Bukit Aman...Masa tu atok sudah pun mengkaji kegiatan kumpulan penjenayah ini...
Mereka adalah terdiri dari kumpulan sindiket yang besar punyai ramai ahli lebih 100 orang. Mereka adalah perompak professional yang diberi latihan untuk melakukan kerja rompakan. Mereka dihantar ke Malaysia dalam kumpulan2 kecil...Ada banyak kumpulan dihantar serentak tetapi telah ditentukan kawasan operasi masing2....Ada di Selangor, di N Sembilan, Melaka, Johor malah seluruh negara. Mereka masuk tanpa dokumen melalui jalan2 tikus yang berselerak di sepanjang perairan negara...
Apabila tiba mereka menempatkan diri disesuatu lokasi, mungkin rumah kontek mereka di Malaysia, bilik sewa atau rumah tinggal. Mereka menjalankan operasi di kawasan tersebut untuk jangka waktu tertentu sebulan atau lebih. Jika tidak merompak mereka hanya duduk dalam rumah tak keluar kemana2 khuatir dikenali penduduk setempat. Namun di kalangan mereka akan ada orang yg ditugas keluar mencari maklumat rumah sasaran mana yg bakal mereka rompak. Orang sama juga ditugas untuk keluar membeli makanan...orang inilah yang bertutup muka semasa melakukan rompakan...
Mereka juga punya kontek orang tempatan, biasanya orang Indonesia juga yang punya kenderaan untuk menghantar mereka ke lokasi rompakan...
Selepas memilih sesuatu rumah, kontek akan hantar mereka ke sana, jam awal sebelum pukul 10 malam..., perompak akan berehat di dalam semak atau kebun berhampiran rumah sasaran. Mereka tunggu sampai jam 3-4 pagi baru bertindak...waktu itu penghuni rumah biasanya nyenyak tidur...
Mereka masuk melalui tingkap atau pintu yang diumpil...mereka tawan orang yang mula2 mereka temui...mereka ikat...barulah mereka kejutkan lain2 penghuni dalam rumah. Semua akan ditawan dan diikat. Selepas ditawan barulah mereka buat kerja menggeledah...
Kadang mereka makan minum Dan berehat dalam rumah tu selepas mereka siap merompak...sebab mereka nak habiskan masa. Modes Operandi mereka...memboloskan diri selepas pukul 6 pagi. Waktu itu kenderaan dah mula banyak di jalanraya, van kilang, orang perseorang dah mula keluar pergi kerja. Mereka juga tahu road block Polis biasanya tutup jam 6 pagi...jadi mereka bebas bergerak di dalam kesibukan awal pagi...
Masa yang terluang ini mereka guna sebaiknya untuk makan apa saja yang mereka jumpa dalam rumah...Dan masa terluang ini juga adalah masa kritikal untuk penghuni rumah....kadang mereka rasa teruja dengan anak perempuan dan atau isteri tuan rumah...pernah berlaku kepada keluarga Cina kadai motor tak jauh dari rumah atok....mereka rompak rogol Isterinya sebelum melarikan diri...
Mereka pulang ke base mereka, duduk diam2 sehingga target seterusnya. Apabila cukup harta dikumpulkan, mereka berhubung dengan kontek lagi untuk hantar pulang melalui jalan tikus....semua pergerakan mereka telah diaturkan lebih awal.
Berbalik kepada Kes atok...mereka mula menggeledah rumah sebaik kami diikat. Dua orang ditugas menjaga kami, parang sentiasa diletak atas tengkuk kami...kami dilarang bergerak atau angkat muka. Tidak banyak perbualan di antara mereka, bercakap hanya apabila perlu. Kadang2 mereka tukar giliran untuk jaga kami dan untuk geledah. Beberapa kali mereka datang jumpa kami bertanyakan... Wang mana, emas mana...soalan sama berkali2 seolah2 mereka Tak jumpa benda yang dicari. Pastinya mereka mencari dompet atok, takkan Tak jumpa2 sebab atok tak sorokkan. Mungkin juga mereka mencari barang kemas uwan mana tempat disorokkan...mereka tidak percaya uwan hanya punya gelang tangan, rantai leher Dan anting2 yang mereka telah lucutkan dari badan uwan...itu sebab mereka datang berkali2 bertanyakan...Wang mana, emas mana...atok ada tunjukkan duit siling dalam botol besar atas meja...banyak tak kurang rm300....tapi mereka tak ingin, katanya...bikin apa, berat saja.
Ada lagi ungkapan yang mereka ulangkan kepada kami...Maaf Pak, kami cari makan. Sepanjang episode mereka ucapkan 3 kali kepada kami....suatu ketika mereka berempat meninggalkan kami bersendirian....mereka masuk bilik tidur atuk Dan pintu tertutup...uwan cakap kt atok dia nak lari...sebab kaki dia tak berikat, hanya tangan diikat. Atok larang...duduk diam2. Khuatir lah atok, uwan lari Tak sempat lepas kemana, parang dah sampai di belakangnya...Naya je.
Hampir 20 minit berlalu, mereka masih tak jumpa benda yang mereka cari... akhirnya baru atok perasan....dompet atok yang mereka cari ada dalam sling bag...Dan sling bag itu ada tersangkut di leher seorang yg atok anggap Ketua. Lalu atok beritahu dia...wangnya dalam beg itu, Ada banyak 3 ribu lebih.
Barulah mereka bukak sling bag atok...nah tudia, mereka nampak duit bertepek2...maklum duit orang becek masa kenduri di rumah atok.
Lantas saja si Ketua itu membuat panggilan telefon memanggil seseorang cakap Melayu...Ayuh, Kita keluar sekarang....
Mereka keluar dari pintu hadapan dan dalam sekelip mata hilang dalam kegelapan malam. Salah seorang dari mereka mengepit 6-7 bilah parang kepunyaan atok...semua parang fevret atok, Ada parang impot made in England, ada parang tempah di Gerik, ada parang Rambo sarung kulit...semua dikebas.
Sori tak boleh habis jugak cerita ni...cerita bersambung kemudian dengan operasi susulan....
Artikel berkaitan: Kisah Atok: 4 penyamun bermaharajalela sebelum rumah Atok dimasuki mereka
0 comments:
Catat Ulasan