Selasa, 6 Ogos 2024

Geely Galaxy E5 kembar Proton eMas 7 dilancar di China – bermula RM70k, lawan terus untuk BYD Atto3

 


Selepas didedahkan pada Mei lalu, SUV EV Geely Galaxy E5 secara rasminya dilancarkan di pasaran China pada Sabtu, 3 Ogos lalu. Apa yang menarik, pelancaran itu dibuat hanya sehari selepas model kembar yang dibangunkan bersama iaitu Proton eMas 7 (ditulis e.MAS 7) didedahkan di Malaysia pada Jumaat lalu.

Pada pasaran berkenaan Galaxy E5 dijual pada harga bermula 112,800 yuan (RM70k) hingga 148,800 yuan (RM92k), lebih murah berbanding harga anggaran 123,000 yuan (RM76k) hingga 157,000 yuan (RM97k) yang diumumkan Geely sebelum ini. Malah menurut laporan CarNewsChina, pelanggan yang membeli model ini sebelum 1 Oktober, mereka turut ditawarkan dengan diskaun 3,000 yuan (RM1.8k) membolehkan ia dijual pada harga lebih murah bermula 109,800 yuan (RM68k).

Geely Galaxy E5 dan Proton eMas7 dihasilkan dengan dimensi 4,615 mm panjang, 1,901 mm lebar, 1,670 mm tinggi dengan jarak roda 2,750 mm. Jadi SUV ini akan bertanding dalam kelas segmen-C dan di China Galaxy E5 merupakan lawan terus kepada BYD Atto 3 yang hadir dalam saiz dan kelengkapan hampir sama.

Geely Galaxy E5 kembar Proton eMas 7 dilancar di China – bermula RM70k, lawan terus untuk BYD Atto3

Ia merupakan model yang diasaskan dari platform Global Intelligent New Energy Architecture (GEA), atau untuk Proton ia dikenali sebagai platform Global Modular Architecture (GMA). Platform ini juga sebenarnya adalah evolusi yang diasaskan dari Sustainable Experience Architecture (SEA) yang dibangunkan oleh Geely untuk digunakan oleh jenama-jenama dibawah naungannya yang lain.

230 tenaga kerjas dari Proton, membolehkan ia dikenali sebagai model usahasama kedua-dua jenama tersebut.

Oleh itu unit-unit awalan untuk Proton eMas 7 kelak akan diimport sepenuhnya (CBU) dari China terlebih dahulu, dan dengan harga baharu yang diumumkan oleh Geely ini mungkin boleh membayangkan eMas 7 akan dijual pada harga bermula sekitar RM100k untuk permulaan, ia tahap minimum yang ditetapkan oleh kerajaan bagi EV CBU hingga hujung tahun depan.

Selepas ia dihasilkan sebagai model pemasangan tempatan (CKD) kelak, Proton eMas 7 mungkin boleh dijual pada harga bermula bawah RM100k.




Sumber

0 comments:

Catat Ulasan