Khamis, 8 Ogos 2024

Koleksi Resepi:Nasir Dagang versi Kelantan

Resepi Nasi:

1)Rendam beras dagang semalaman, tos dan kemudian dikukus half way dan angkat

2)Santan, halia dan bawang kecil hiris, halba, garam, gula semua dicampur dan kacau sebati.

3)Campur santan dgn beras, biarkan sehingga santan resap dlm beras lebih kurang 10mins.

4)Kukus semula beras hingga masak. Jgn lama nanti nasi kering

Resepi gulai:

1)Ikan tongkol dipotong 1inch, rebus dgn asam keping, garam dan air sedikit hingga ikan kecut

2)Blender cili kering, lengkuas, kunyit hidup, bwg putih, bwh merah

3)Tumis bahan blender hingga pecah minyak

4)Masukkan santan, kacau sebati, masuk ikan dan air rebusan ikan, telur rebus, asam keping, lada merah, lada hijau

5)Masukkan timun yg dibuang biji, garam, gula dan aji

6)Kacau rata dan siap

Tips:

Air ikan adalah penyedap gulai. Jgn buang, masukkan dlm gulai tadi. Lada hijau dan merah juga membantu utk naikkan rasa gulai. Utk berniaga, tidak digalakkn campur timun tp boleh ganti dgn acar timun dan carrot.

Disclaimer:

Nasi dagang kelantan beras warna perang, nasi dagang terengganu beras seperti dlm gambar sy ni. So gulai kelantan, beras terengganu. 😘

Selamat mencuba!😍

Credit : Aku Zackh

Source 

Related Posts:

  • Koleksi Resepi:Sotong Singgang Resipi Sotong Singgang 🐙Bahan-bahan:SotongSeraiBawang HollandBawang PutihLengkuasHaliaCili padiAsam kepingTomatoPutik JagungDaun Limau PurutDaun KetumbarCara Penyediaan:1. Didihkan Air dalam periuk2. Masuk kan 2 Batang… Read More
  • Koleksi Resepi:Biskut Sampan Legend  BISKUT SAMPAN LEGEND Saya guna resepi asal Azlina Ina250g butter pure butter baru sedap100g gula ising1 biji telur1 sb esen vanila30g susu tepung500g+- tepung gandum cap roscara2satukan butter dan gula mix sebati k… Read More
  • Koleksi Resepi: Yee Mee Sizzling RESEPI YEE MEE SIZZLINGBahan-bahannya: (Untuk 3 orang)3 gulung yee mee5 ulas bawang putih - dicincang halus1/2 inci halia - dicincang halusAyam - dipotong kecil6 kuntum cendawan shitake kering - direndam hingga lembut d… Read More
  • Koleksi Resepi:Ayam Goreng Seringgit Oh patutlah ayam goreng singgit akak laris lain macam semalam.. rupanya semalam KFC ada buat promo.. Agaknya dorang malas nak beratur.. dapat yg ala-ala kepci pun jadilah😂😂Alhamdulillah rezeki..oh kepci mohonlah selal… Read More
  • Koleksi Resepi: Ayam Masak Padang Resepi Ayam Masak Padang-1 ekor ayam (potong 10).Bahan kisar:5 ulas bawang putih2 biji bawang besarSdikit halia1 inci lengkuas3 batang seraiSedikit kunyit hidup ( atau kunyit serbuk)Sdikit cili kering (nk pedas lbih kn)… Read More

0 comments:

Catat Ulasan