Rabu, 24 April 2024

MB Perlis akan jelas penahanan anak esok di Sidang DUN

 Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

KANGAR: Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli akan menjelaskan isu berkaitan penahanan anaknya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) esok berhubung dakwaan kes tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

"Saya tiada gundah gulana, esok saya jawab dalam Dewan (Undangan Negeri), itu sahaja setakat ini," katanya ringkas.

Beliau menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan susulan penahanan anaknya berkait kes tuntutan palsu.

"Saya menyerahkan kepada budi bicara SPRM sepenuhnya (dalam siasatan ini), terima kasih," katanya.

Mohd Shukri yang juga Pesuruhjaya PAS Perlis dan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis berkata demikian ketika ditemui selepas Persidangan DUN ke-15, di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan anak kepada seorang Menteri Besar antara enam yang ditahan SPRM Putrajaya bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen dalam tuntutan palsu berjumlah RM600,000.

Turut ditahan, pegawai kanan kepada Menteri Besar Perlis

Semua tujuh individu berusia 27 hingga 37 ditahan di sekitar Perlis semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret Kangar dan bagi mendapatkan perintah reman.

Difahamkan, penahanan berkenaan adalah berkaitan pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, perbekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022 hingga hari ini.

-BH Online 

0 comments:

Catat Ulasan