Ahad, 21 April 2024

“Mawi: Dari Orang Kampung Kepada Penyanyi Terkenal.”

 “Mawi: Dari Orang Kampung Kepada Penyanyi Terkenal.”

Kepada yang hidup ketika zaman AF3, mesti korang semua kenal siapa Mawi. Masa tu Mawi menjadi fenomena dekat Malaysia. Malah Amuk siap buat nyanyi lagu khas untuk Mawi iaitu Aduh Tsumawi.

Persoalannya macam mana Mawi boleh jadi fenomena dekat Malaysia?

Mawi ni sama macam ribuan orang lain, pergi ke uji bakat AF untuk mencuba nasib. Berita baiknya Mawi telah diterima masuk ke dalam AF. Tapi hanya bertahan sampai konsert prelude sahaja.

Orang cakap rezeki tidak pernah salah alamat. Mawi dan Marsha diterima masuk kembali pada akhir konsert pertama AF3. Bermula konsert kedua, Mawi terus menunjukkan magisnya.

Bayangkan je lah setiap minggu, Mawi mengungguli tempat nombor satu di AF3. Malah setiap lagu yang dinyanyikan oleh Mawi pasti akan viral. Antaranya adalah macam lagu Pupus daripada Dewa 19. Lagu yang agak baru ketika itu menjadi siulan ramai orang setelah Mawi menyanyikannya.

Ada juga yang sanggup pasang Astro semata-mata nak tengok Mawi. Bagi mereka yang memang ada Astro, penuh jiran yang datang untuk tonton konsert AF3 setiap minggu.

Minggu demi minggu, Mawi masih lagi mendapat nombor satu lantas dinobatkan sebagai juara AF3 pada konsert minggu akhir. Tidak terhenti setakat itu sahaja, Mawi menjadi buruan syarikat-syarikat untuk dijadikan duta.

Salah satu syarikat yang bertuah adalah Mamee. Mesti korang semua masih ingat dalam bungkusan Mamee perisa kari, terdapat gambar Mawi. Masa tu Mamee perisa kari ni memang sentiasa tak ada stok. Sebab orang beli hanya semata-mata kerana Mawi.

Kemuncaknya Mawi berjaya menang ABPBH selama tiga tahun berturut-turut. Sebab anugerah itu memerlukan penonton memberikan undi. Sejak menjadi juara AF3, apa-apa program melibat undian pasti akan dimenangi Mawi. Fenomena ini terus dikenali sebagai tsumawi sehingga digelar raja SMS.

Mawi juga boleh dikatakan antara penyanyi yang sangat dikenali dan digemari oleh hampir kesemua lapisan masyarakat. Tanyalah orang kampung, budak flat dan golongan agamawan sekalipun pasti akan meminati Mawi. 

Benda ni tak pelik sebab imej Mawi pada ketika itu sangat dekat dengan orang-orang kebanyakan. Mawi juga membuktikan orang kampung sepertinya juga boleh berjaya dan ubah nasib keluarga. Oleh sebab itu Mawi mudah menawan hati rakyat Malaysia.

Jadi apa yang boleh kita belajar adalah rezeki akan datang tepat pada waktunya. Macam Mawi mulanya tersingkir tetapi mendapat peluang kedua. Itulah yang digunakan olehnya untuk capai kejayaan. 

Kepada korang semua, kian jauh kian hilang kasih antara kita. 

Oleh Azmil Azali

---

Kalau korang nak tahu lebih banyak kisah inspirasi macam Mawi, boleh baca buku HIDDEN GENIUS. Dapatkan segera di https://shope.ee/g3UPkiqr9

Sumber 

0 comments:

Catat Ulasan