Isnin, 22 April 2024

Keputusan Titah Adendum mesti diputus dalam mesyuarat Lembaga Pengampunan -PM

 


Tadi Anwar kata apa-apa keputusan SPB YDP Agong (berkenaan isu tahanan di rumah Najib) perlu dibincang dan diputuskan dalam Lembaga Pengampunan. Dia tidak kata surat titah itu tiada dan tidak nafi yang surat itu ada, cuma dia kata ia perlu melalui Lembaga Pengampunan.

Apa yang Anwar ingin nyatakan ialah jika surat titah itu ada pun ia tidak boleh digunapakai sebab ia tidak melalui Lembaga Pengampunan. Ini cara Anwar dan sekutunya Zahid untuk menidakkan titah SPB YDP Agong untuk beri tahanan di rumah kepada Najib.

Dalam Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, dinyatakan:

“(1) Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.”

Dan dalam Fasal 4(b) perkara yang sama disebut “..hendaklah, setakat yang kuasa itu boleh dijalankan oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri, dijalankan mengikut nasihat Lembaga Pengampunan yang ditubuhkan bagi Negeri itu mengikut Fasal (5).”

………..

Oleh itu, untuk menyelesaikan perkara ini mudah sahaja, Anwar:

Lembaga Pengampunan boleh bersidang semula untuk membuat keputusan ke atas titah adendum SPB YDP Agong pada 29 Januari 2024 tersebut. Tidak perlu “backdate” keputusan Lembaga Pengampunan yang lepas sebab dalam Perlembagaan tidak dinyatakan bila keputusan Lembaga Pengampunan ini perlu dibuat. Dan tidak ada dalam Perlembagaan yang menyatakan bahawa keputusan Lembaga Pengampunan ke atas titah SPB YDP Agong perlu dibuat semasa Agong yang sama bertakhta. Jika titah SPB YDP Agong yang lepas tidak lagi boleh digunapakai apabila baginda turun takhta, maka semua undang-undang yang dibuat dengan tandatangan SPB-SPB YDP Agong yang lepas-lepas tidak boleh digunapakai, ini tidak betul dan tidak masuk akal. 

Oleh itu Lembaga Pengampunan boleh bersidang hari ini atau minggu depan untuk membincangkan dan memutuskan keputusan selaras dengan titah SPB YDP Agong yang lepas walaupun SPB YDP Agong telah bertukar. 

Keputusan Lembaga Pengampunan ini boleh dipersembahkan kepada SPB YDP Agong yang baru tetapi tidak semestinya. Keputusan Lembaga Pengampunan berkenaan pengurangan tempoh penjara DS Najib yang lepas pun suratnya dikeluarkan oleh kerajaan dan tidak melibatkan Istana. Namun cadangan saya lebih elok jika keputusan ini dipersembahkan semula kepada SPB YDP Agong yang baru.

Oleh itu, Anwar, ia adalah hanya persoalan sama ada kamu mahu atau tidak mahu sahaja untuk membenarkan tahanan di rumah untuk Najib. Nampak gayanya kamu dan sekutu kamu memang sengaja menyukarkan perkara ini dan tidak mahu Najib keluar dari penjara waima ditahan di rumah.

Saya sudah kata sebelum ini bahawa selagi Anwar jadi Perdana Menteri dia tidak akan lepaskan Najib. Dulu masa kes sodomi 2 Anwar pada tahun 2015 dia dimasukkan ke dalam penjara, masa itu Perdana Menterinya adalah Najib dan pendakwarayanya adalah Shafiee Abdullah peguam Najib. Anwar ini kaki dendam dan mungkin dia tersakiti. Kalau kes 20 tahun lepas pun dia masih dendam dengan Mahathir dan Daim, inikan pula dendam kes dia kepada Najib yang lebih terbaru seperti di atas. Dan Zahid pula bersekongkol dengan Anwar sebab ingin lepas tengkuk dia dan main wayang sahaja.

p/s: Anwar, pilihan lain adalah 1. Kata surat itu tiada dan panggil Zahid penipu, atau 2. Kata surat itu ada tetapi tidak pergi Lembaga Pengampunan dan panggil Saifuddin penipu.

Sumber 

0 comments:

Catat Ulasan