⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️⚡️
Rakyat Malaysia diingatkan untuk terus berjaga-jaga susulan wujudnya perisian pengintip (Spyware) yang menyasarkan pengguna Apple melalui Apple ID mereka.
Pusat Koordinasi dan Bilik Kawalan Siber Nasional (NC4) dalam satu kenyataan pada jumaat lepas memaklumkan kesan pencerobohan itu akan membawa kepada pencurian informasi serta kerugian kewangan.
Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang termasuk wartawan, diplomat, aktivis dan ahli politik diingat untuk meningkatkan keselamatan siber bagi memastikan risiko peralatan Apple mereka dicerobohi dapat dikurangkankan.
Apple baru-baru ini telah mengeluarkan amaran peringkat Global susulan peningkatan serangan perisian penggintip (Spyware) termasuk perisian penggintip Pegasus yang dibuat dari kumpulan NSO (Israeli cyber-intelligence firm).
Pihak DragonForce Malaysia menasihatkan rakyat Malaysia untuk melaksanakan langkah pencegahan seperti melakukan proses kemaskini software Apple, melindungi peralatan dengan password yang kuat, mengaktifkan 2 Factor Authentication, hanya memuat turun app dari Apple Store dan elakkan diri untuk click link atau pautan yang mencurigakan.
Rujukan :
https://support.apple.com/en-in/102174
https://www.nc4.gov.my/alert/6618c766900847b845ba5654
0 comments:
Catat Ulasan