Sabtu, 20 April 2024

PM umum cadangan penambahbaikan, usaha tingkat pendapatan bersih penjawat awam 1 Mei

 Kerajaan komited menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam menerusi Kajian SSPA. - BERNAMA

Kerajaan komited menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam menerusi Kajian SSPA. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada perhimpunan Hari Pekerja, awal bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan Anwar selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA) Bilangan 3 Tahun 2024 hari ini yang antara lain membincangkan lebih lanjut berhubung struktur gaji penjawat awam.

Insya-Allah, cadangan penambahbaikan termasuk usaha meningkatkan kadar pendapatan bersih penjawat awam akan saya umumkan pada perhimpunan Hari Pekerja nanti.

Semoga usaha ini menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat," katanya melalui muat naik di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Anwar mengesahkan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) sudah berada di peringkat akhir bagi meningkatkan kadar upah penjawat awam di negara ini.

Perdana Menteri berkata, SSPA baharu itu akan cuba diumumkan sebelum akhir tahun ini selepas 10 tahun gaji penjawat awam tidak dinaikkan sebelum ini.

Mengulas mesyuarat hari ini, Perdana Menteri berkata penambahbaikan struktur gaji baharu penjawat awam hampir dimuktamadkan, yang seterusnya akan diputuskan di dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

"Saya ingin tegaskan komitmen kerajaan untuk menyelesaikan usaha menambah baik struktur gaji penjawat awam yang dilaksanakan menerusi Kajian SSPA, di sebalik ekonomi negara yang mencabar kesan ketidaktentuan geopolitik dunia.

"Kerajaan mengambil pendirian dan tanggungjawab ini mengambil kira tekanan kos sara hidup bagi penjawat awam terutamanya yang berpendapatan rendah," katanya.

-BH Online 

0 comments:

Catat Ulasan