Sabtu, 27 April 2024

'Situasi MB Perlis ulangi apa yang berlaku kepada Nik Aziz pada 2009'

 Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan

KANGAR: Penahanan anak Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan palsu tidak akan mengganggu kempen Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu.

-ADVERTISEMENT-
Ads by

Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata situasi sama pernah berlaku kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2009 apabila SPRM melakukan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan penajaan mengerjakan umrah oleh seseorang ahli perniagaan.

"Isu di Perlis ini tidak memberi kesan terutamanya pada kempen PN kerana situasi ini pernah terjadi kepada bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 2009 dahulu.

Arwah sendiri pernah disiasat oleh SPRM kononnya dia ditaja oleh seorang ahli perniagaan untuk menunaikan umrah dan dalam hal ini, pendirian kita terbuka, PN juga boleh disiasat mengikut undang-undang, jika ada asas yang kuat tuduhlah di mahkamah," katanya.

Takiyuddin berkata, penahanan itu bukanlah satu 'tembakan peluru politik' kepada PN dan PAS kerana ada juga orang lain yang menghadapi pertuduhan sama.

"Namun begitu, saya mengharapkan SPRM terus bertindak secara profesional tanpa pilih bulu, jika ada kesalahan rasuah sama ada daripada kerajaan atau pihak lain kena ambil tindakan.

"Tidak boleh ada pilih kasih dalam hal ini, jadi saya masih percaya SPRM bertindak secara profesional dan harap ia dapat diteruskan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS Pusat di Dewan 2020, di sini hari ini.

Yang turut hadir Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata isu berkenaan tidak sedikit pun menjejaskan tumpuan gabungan PN dalam menghadapi PRK berkenaan.

"Saya ingat tidak, tiada apa... mood (perasaan) rakyat dengan sambutan (majlis aidilfitri) hari ini memperlihatkan isu yang berlaku tidak mengganggu perjalanan PRK yang sedang berlangsung ini.

"Saya setuju dengan kenyataan Menteri Besar Perlis untuk SPRM membuka siasatan di mana seseorang itu belum lagi bersalah selagi mana mahkamah tidak belum buat keputusan bersalah.

"Walaupun situasi yang berlaku ini nampak seperti mengganggu integriti PAS tetapi kita tetap profesional dengan Menteri Besar sendiri memberitahu bahawa pejabatnya sentiasa terbuka untuk sebarang siasatan (oleh SPRM), katanya.

-BH Online 

0 comments:

Catat Ulasan