NASI KABSAH ARAB AYAM
Resepi nasi :
Bahannya :
🥘 3 cwn beras basmati
🥘 4 sdu bsr myk sapi
🥘 3 1/4 cwn air
🥘 1 inci halia dimayang
🥘 1bj bwg besar didadu
🥘 1 btg kulit kayu manis
🥘2 kumtum bunga lawang
🥘 3 ulas buah pelaga
🥘 1 btg carot disagat
🥘 1 bj tomatao didadu
🥘 2 sdu tomato puri
🥘 1 sdu makan serbuk kunyit
🥘 1 sdu makan serbuk cili
🥘 2 bj cili merah
🥘 1 bj cili benggala merah
🥘 1/4 cwn kismas
sedikit pewarna kuning dan oren
gula serta garam
🥘 1 ulas kiub ayam
Blend *:
1 sdu makan bunga cengkih*
1 sdu makan lada hitam*
1 sdu makan jintan manis*
1 sdu makan jintan putih*
2 sdu makan ketumbar biji*
1 sdu makan buah pelaga*
Cara-cara :
1. Panaskan myk.Tumis kayu manis,buah pelaga serta bunga lawang. Tambah juga bwg putih.halia dan bwg bsr.Tumis sehingga naik bau.
2. Letak tomato,tomato puri serta bahan blend*. Goreng sebentar.Kemudian addkan kiub ayam,kismis, careot parut ,garam serta gula.Kacau rata.
3. Tambah beras.Kacau perlahan .Masak nasi sehingga masak.
4. Bila nasi dah masak titis kan beberapa titisan pewarna oren dan kuning (atau srrbuk safron) .Tutup periuk dgn penutup periuk.Bila nak dihidangkan barulah dikacau nasi dgn menggunakan garpu.
-------
🐓🐓🐓Resepi ayam :
1 ekor ayam dibelah 2
250 ml yogurt
2 sdu bsr madu
sedikit garam
sedikit serbuk safron
Cara-cara :
Satukan ayam bersama kesemua bahan dan perap selama1 ~ 2 jam.Kemudian bolehlah digoreng.
-------
🌶🌶🌶🌶Untuk sos sambal arab:
1 bj tomato
5 bj cili hijau bsr
1 tangkai batang ketumbar
sedikit gula dan garam
sedikit perahan limau nipis/lemon
Cara buat sambal :
Kisar kesemua bahan.Jangan terlalu hancur.
Kredit : Emma Wan Noordin
0 comments:
Catat Ulasan