Tadi Lim Guan Eng bekas Menteri Kewangan berterima kasih kepada Menteri Kewangan 2 kerana kesediaan kerajaan untuk campurtangan dalam tukaran wang asing di pasaran antarabangsa untuk mengukuhkan ringgit.
Ini bermakna menggunakan rizab Bank Negara yang kini sebanyak USD115 billion untuk beli ringgit di pasaran. Kerajaan juga akan mengarahkan syarikat berkenaan kerajaan untuk kukuhkan ringgit (i.e. dengan beli ringgit).
Saya ingin kata kepada Lim Guan Eng, dia mungkin tidak faham atau buat-buat lupa bagaimana serangan matawang berlaku. Langkah kerajaan membeli ringgit menggunakan rizab inilah punca permulaan serangan matawang berlaku. Inilah juga yang terjadi pada tahun 1997.
Apabila kamu umum kamu akan guna rizab USD Bank Negara untuk beli ringgit di pasaran antarabangsa, spekulator matawang akan beli ringgit dan ini akan kukuhkan ringgit sekejap untuk sementara waktu. Cara kukuhkan ringgit seperti ini adalah superficial atau cetek dan tidak merubah asas atau fundamental nilai ringgit malah ianya berbahaya.
Mereka (spekulator matawang) akan beli dan jual ringgit dan bermain dengan kamu sehingga satu masa mereka ada cukup ringgit untuk tunggu kamu beli dari mereka guna rizab USD kamu di Bank Negara. Apabila tiba masa itu mereka akan jual ringgit secara besar-besaran dan ringgit akan terhempas atau crash terus seperti tahun 1997 semula. Bila ini berlaku, bukan sahaja ringgit akan jadi hampas tetapi rizab Bank Negara juga akan hilang dan ekonomi Malaysia akan ranap. Pada ketika itu mungkin kita perlu minta sedekah kepada IMF atau World Bank untuk pulihkan ekonomi Malaysia.
Dulu sebelum krisis matawang 1997 semasa Anwar jadi Menteri Kewangan pertama kali pun Bank Negara telah gunakan rizab untuk bermain dengan ringgit sebelum ringgit terhempas oleh serangan spekulator. Kini bila Anwar jadi Menteri Kewangan kali kedua, kamu ingin buat perangai lama lagi. Jika krisis ekonomi berlaku lagi pasal ini jangan kata saya tidak beri amaran. Kukuhkanlah ringgit secara fundamental bukan secara superficial.
Menteri Kewangan dan Perdana Menteri ada kuasa dan gunalah kuasa dan amanah itu sebaiknya. Jangan gadaikan dan memperjudikan nasib negara dan rakyat dengan kuasa ini. Fikirlah betul-betul dan dengan lebih mendalam.
29 Februari 2024
0 comments:
Catat Ulasan